Lelaki lari selepas langgar kenderaan di tepi jalan mati dipukul di kawasan PPR Pantai Dalam

Seorang lelaki mati dipercayai akibat dipukul sekumpulan pelanggan gerai makan di kawasan kediaman PPR Pantai Dalam di sini, awal pagi tadi.

Lelaki lari selepas langgar kenderaan di tepi jalan mati dipukul di kawasan PPR Pantai Dalam

Lelaki lari selepas langgar kenderaan di tepi jalan mati dipukul di kawasan PPR Pantai Dalam

Mangsa berusia 48 tahun itu dipercayai dipukul selepas kereta dipandunya terlanggar kenderaan yang diletak di tepi gerai makan PPR Kampung Limau, Pantai Dalam di sini.

Dia dikatakan melarikan diri selepas kejadian tetapi dikejar pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata mangsa ditemui tertiarap dalam tempat duduk belakang kereta Honda Accord dipandunya kira-kira jam 1.30 pagi.

“Pemeriksaan awal pasukan perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada kepala selepas disyaki dipukul dengan objek tumpul.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek,” katanya kepada BH, sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: BH Online

Loading...

Leave a Reply