Kerana duit, anak sanggup tikam ayah sendiri

Kerana duit, anak sanggup tikam ayah sendiri

Akibat tidak dapat wang yang diminta daripada ayahnya, seorang lelaki tersanggup menikam ayahnya dalam satu kejadian awal pagi sabtu lalu.

Lelaki berkenaan dipercayai di bawah pengaruh dadah menikam dada bapanya sendiri yang juga seorang warga emas dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cawat (Seri Kemunting) Kuala Besut.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu , mangsa yang berusia 67 tahun parah di bahagian dada kiri dipercayai ditikam dengan menggunakan senjata tajam.

Kerana duit, anak sanggup tikam ayah sendiri

Kerana duit, anak sanggup tikam ayah sendiri

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, suspek yang merupakan seorang penagih dadah dikatakan bertindak demikian dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa meminta wang daripada bapanya namum tidak ditunaikan menyebabkan suspek yang berusia 30 tahun itu bertindak  menikam mangsa dada bapanya.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada kiri dipercayai ditikam menggunakan pisau namun keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Khalead berkata,  abang suspek yang diberitahu tentang kejadian itu oleh abang iparnya selepas kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut.

Menurutnya, bertindak atas laporan tersebut polis melakukan operasi mengesan suspek dan lelaki itu berjaya diberkas polis di sebuah rumah tidak bernombor di Kuala Besut sejurus kemudian.

“Polis turut merampas sebilah pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam bapanya dalam kejadian tersebut sementara  saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah.

“Suspek seorang penganggur ditahan reman untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui  motif sebenar suspek bertindak menikam bapanya sendiri dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply