MyDeposit: Jangan lepas peluang beli rumah

Keputusan kerajaan untuk memulakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang diumumkan Perdana Menteri merupakan inisiatif terbaik bagi memastikan rakyat Malaysia khususnya golongan muda memiliki rumah sendiri.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, skim tersebut amat penting bagi membolehkan mereka yang berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri.

MyDeposit: Jangan lepas peluang beli rumah

“Skim MyDeposit yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang memperolehi pendapatan isi rumah antara RM 3,000 hingga RM 10,000.

“Skim ini amat penting bagi membolehkan mereka membeli rumah yang berharga RM 80,000 hingga RM 500,000 kerana kerajaan akan membantu sehingga RM 30,000 untuk setiap permohonan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut memberi penghargaan kepada kerajaan yang bertindak melakukan ubah suai dalam Bajet 2016 yang lalu.

“Saya mengharapkan golongan muda di negara ini tidak sesekali melepaskan peluang yang diberikan kerajaan untuk memiliki rumah sendiri selepas ini dengan pelbagai inisiatif yang telah disediakan,” katanya lagi.

Dalam tetapan Pengubahsuaian Bajet 2016, Perdana Menteri telah menetapkan penjualan rumah berharga RM300,000 ke bawah adalah hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja yang mula dilaksanakan pada bulan ini.

Inisiatif tersebut turut mendapat perhatian daripada Pemuda Umno Wilayah Persekutuan (PPUWP).

Ketuanya, Mohd Razlan Muhamad Rafii berkata, inisiatif tersebut sedikit sebanyak melegakan -anak muda yang berkeinginan memiliki hartanah sendiri di dalam bandar.

“Alhamdulillah, suara wakil-wakil pembahas dari Umno Wilayah Persekutuan di beberapa siri Perhimpunan Agung Umno yang lalu, akhirnya direalisasikan demi survival anak muda terutamanya di dalam bandar,” katanya dalam kenyataan berasingan, hari ini.

Bagaimanapun beliau berharap Bank Negara Malaysia (BNM) dapat membantu melonggarkan sedikit syarat-syarat dasar untuk peminjam dari golongan muda bagi memiliki rumah pertama.

“Pihak bank tidak perlu gusar kerana rumah yang dimiliki kelak telah dijual pada harga bawah pasaran dan sudah tentu bank tidak akan rugi sekiranya peminjam gagal melunaskan baki pinjaman. Kerana harga pasaran rumah sentiasa meningkat naik,” katanya lagi.

Perdana Menteri pada Rabu mengumumkan perlaksanaan MyDeposit seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016.

Beliau berkata, skim ini dilaksanakan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM3,000 dan RM10,000.

Sumber : Sinar 

Loading...

Leave a Reply