Wanita baru keluar pusat beli-belah disamun dan diseret 10 meter

Wanita cedera di beberapa bahagian badan termasuk bahu dan kaki selepas diseret kira-kira 10 meter dalam kejadian samun, di pasar raya di Jasin, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian 9.45 pagi, wanita berusia 40-an itu dikatakan baru selesai membeli belah dan menuju ke keretanya.

Disamun, diseret 10 meter

Disamun, diseret 10 meter

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Sampornak Ismail berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang melalui lorong berhampiran pasar raya itu didatangi Proton Waja dinaiki dua lelaki.

“Sebaik menghampiri mangsa, suspek yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan menarik beg tangan mangsa.

“Mangsa yang cuba pertahankan begnya daripada dilarikan kemudian diseret kira-kira 10 meter sebelum terjatuh di atas jalan,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun gagal melarikan beg berkenaan dan mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply