“Aku dapat lagi mesej yang mengatakan aku menang 30 ribu. Kali ni daripada Shell..”

UNTUK sekian kalinya, aku dapat lagi mesej yang mengatakan aku menang 30 ribu. Kali ni daripada Shell. Aku kira-kira banyak juga mesej yang aku dapat sebelum ini. Ada juga aku balas. Ada yang aku abaikan saja. Malas aku nak layan. Buang masa aku saja.

Ditipu puluhan ribu ringgit

Ditipu puluhan ribu ringgit

Walau bagaimanapun, mesej yang baru masuk ini rajin pula aku nak balas. Mungkin sebab dah banyak masa sangat kot. Lagipun, bukan selalu aku buang masa untuk benda-benda tak berfaedah seperti ini.

Dapat saja mesej yang mengatakan aku menang wang tunai puluhan ribu tersebut, aku terus balas. Tak tunggu dah. Aku dengan seikhlas hati wakilkan penghantar mesej itu supaya mendermakan duit tersebut kepada rumah anak yatim. Semua!

Pemurah tak aku? Satu sen pun aku tak ambil daripada wang tersebut. Aku ingat kalau sekali lagi dapat mesej macam tu, boleh dah kot berhenti jadi cikgu. Hehehe…

Tak ada sivik betul depa tu. Hidup nak menipu orang saja.

Cikgu Sofuan Saadon: Penipu pun pernah ditipu. Tak mustahil pengalaman ditipu itu menjadikannya seorang penipu.

*Sofuan Saadon adalah seorang guru yang bertugas di Matu, Sarawak. Ikuti catatan jujur dan lucunya sepanjang berkhidmat sebagai guru di sana menerusi bukunya yang berjudul ‘Dalam Bilik Darjah’ terbitan Buku Pojok. Singgah ke http://bit.ly/1SztmgF untuk pembelian buku.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply