Kalau orang lain sepatutnya ‘happy’ jumpa duit RM7300, tapi lelaki ni berang sebab bilik hotel tak dibersihkan dengan baik

Kalau orang lain sepatutnya ‘happy’ jumpa duit RM7300, tapi lelaki ni berang sebab bilik hotel tak dibersihkan dengan baik

 

Kebanyakan tetamu hotel pasti gembira menerima cendera hati tambahan di dalam bilik penginapan mereka, namun berbeza dengan lelaki ini yang berang apabila menemui 10,000 yuan (RM7,300) di bawah bantalnya.

People’s Daily Online melaporkan, wang itu ditemui ketika lelaki terbabit hendak mendaftar keluar dari biliknya pada 28 Mac lalu selepas menghabiskan satu malam di hotel berkenaan.

Kalau orang lain sepatutnya 'happy' jumpa duit RM7300, tapi lelaki ni berang sebab bilik hotel tak dibersihkan dengan baik

Kalau orang lain sepatutnya ‘happy’ jumpa duit RM7300, tapi lelaki ni berang sebab bilik hotel tak dibersihkan dengan baik

Lelaki yang dikenali sebagai Lu Gang itu memberitahu kakitangan di Hotel Shangdu yang dia tidak berpuas hati dengan tahap penjagaan mereka berikutan penemuan wang itu yang jelas membuktikan mereka tidak membersihkan biliknya dengan baik.

Lu dan keluarganya tinggal di hotel berkenaan sewaktu menghadiri lawatan membersihkan makam di tanah perkuburan berhampiran.

Polis dipanggil untuk mengira wang berkenaan sebelum menyitanya.

Menurut kakitangan hotel, wang itu mungkin milik penghuni sebelumnya.

Bercakap kepada pemberita, Lu berkata: “Wang itu bukan milik saya, tetapi di bawah bantal tempat saya tidur. Ia jelas menunjukkan tukang kemas hotel tidak menjalankan tugas dengan baik. Mereka tidak menukar sarung bantal itu.

“Pada zahirnya ia nampak baik, tetapi siapa boleh menjamin alas tilam ini benar-benar menepati piawaian kebersihan? Bukankah rutin untuk hotel menukar alas tilam di setiap bilik?”

Ekoran enggan melewatkan lawatan seterusnya, Lu tidak menunggu sehingga polis menemui pemilik wang terbabit.

Tindakan Lu memulangkan wang itu dipuji kakitangan hotel dan polis, tetapi dia tidak gembira kerana memikirkan yang dia mungkin tidur di atas cadar kotor. – Agensi

Sumber : Metro

 

Loading...

Leave a Reply