Semua tolong bertenang, Instagram belum lagi mula perubahan algoritma garis masa

Semua tolong bertenang, Instagram belum lagi mula perubahan algoritma garis masa

Bertenang, Instagram belum mulakan perubahan algoritma garis masa

Konsep algoritma akan menyaksikan timeline akan mengikut kegemaran dan apa yang sedang trending, dan bukan lagi berdasarkan kemaskini paling baharu.

PENGGUNA laman sosial hari ini tentunya sedar bagaimana timeline atau garis masa mereka dipenuhi dengan pemilik-pemilik akaun Instagram yang panik dengan khabar Instagram bakal berubah wajah.

Menurut khabar angin yang tersebar, Instagram bakal memulakan perubahan algoritma pada garis masa, seperti mana yang dilakukan oleh Facebook, mulai hari ini.

Kerana itu, ramai yang mula berkempen di akaun Instagram masing-masing dan meminta orang ramai untuk mengaktifkan notifikasi atau turn on notification, sebagai cara untuk mengelak daripada ketinggalan kemaskini terbaharu.

Pun begitu, Instagram menafikan akan membuat sebarang perubahan pada garis masa mereka buat masa ini.

Dalam kenyataannya, Instagram memberitahu akan memaklumkan sebarang perubahan kepada pengguna terlebih dahulu, dan mereka akan memastikan transformasi yang bakal dilakukan akan mengambil kira pendapat pengguna.

Ramai pengguna, khususnya selebriti, meminta pengikut mereka agar mengaktifkan notifikasi kerana tidak mahu peminat terlepas sebarang kemaskini.

Bagi selebriti seperti penyanyi John Mayer dan Christina Perri, mereka antara yang tidak mahu peminat berbuat demikian, sebaliknya membiarkan sahaja perubahan yang akan dilakukan Instagram. Malah Mayer turut meninggalkan pesanan buat Instagram agar tidak melakukan perubahan tersebut.

 

A photo posted by christina perri (@christinaperri) on

Perubahan algoritma akan menyaksikan garis masa mengikut kegemaran dan apa yang sedang trending, dan bukan lagi berdasarkan kemaskini paling baharu.

 

Sumber: Astro Awani

Loading...

Leave a Reply