Tragedi kebakaran Pondok Pak Ya masih diingati walau sudah 25 tahun berlalu

Tragedi kebakaran Pondok Pak Ya masih diingati walau sudah 25 tahun berlalu

Selepas 25 tahun, tragedi kebakaran Pondok Pak Ya masih diingati

Tragedi kebakaran yang menggemparkan negara, 25 tahun lalu di di Padang Lumat, Kedah masih terpahat di sanubari mereka yang melaluinya.

Kebakaran Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 itu mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 pelajar sekolah itu terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis dan jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas “27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya”.

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar mengenai kisah duka ini tetapi yang pastinya ia tidak mungkin dapat dilupakan kalangan ahli keluarga mangsa yang terkorban tambahan pula mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dengan peristiwa hitam itu.

Menyedari hakikat itu, Astro telah menayangkan sebuah telefilem berjudul ‘Pondok Pak Ya’ arahan Wan Hasliza berdasarkan kisah benar yang berlaku itu.

Telefilem ini juga memuatkan beberapa fakta mengenai kebakaran sekolah tersebut dan anak saudara kepada salah seorang mangsa kejadian turut berlakon dengan memegang watak ibu saudaranya.

Bagi memperingati tragedi 25 tahun lalu itu, sekumpulan sukarelawan daripada kelab Kindness bersama 27 shuhadah mengedarkan tasbih kepada pelajar-pelajar bertujuan menggalakkan mereka untuk berzikir serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad SAW.

Menurut Pengarah Projek Kindness cawangan Pulau Pinang, Rasselan Kasiman menerusi program yang di beri nama “kineutas tasbih beri seribu makna” ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta dan kasih kepada agama Islam dan tanggungjawab ini seharusnya dipikul semua pihak.

Pada program itu mereka telah menyumbangkan kira-kira 750 utas tasbih dan 150 buah buku doa dan zikir untuk di edarkan kepada setiap pelajar sekolah terbabit.

Katanya Kindness membeli sejumlah tasbih buku doa terbabit menerusi hasil wang kutipan daripada ahli-ahlinya tanpa meminta sumbangan daripada mana-mana pihak.

“Selepas saya tengok telemovie pondok Pak Ya jadi terus terbuka hati nak buat dekat sini lah..di tv..daripada situ saya cuba buka peluang untuk orang ramai siapa nak bagi sumbangan tasbih..pada mula nya saya hanya sasar 200 tasbih tapi Alhamdulillah saya dapat 750 tasbih,” katanya.

Sehubungan itu pihak sekolah juga berharap lebih ramai individu atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain datang memberi sumbangan kerana sekolah tersebut memerlukan lebih banyak sumbangan terutama kemudahan untuk belajar seperti buku doa dan zikir.

“Harapan kita pihak sekolah berharap supaya lebih ramai lagi pihak pihak memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam pelbagai aspek sama ada kewangan bantuan lain yang diperlukan di sekolah,” kata Aza Mohd Noh yang merupakan salah seorang guru sekolah tersebut.

Sementara itu, bagi pelajar walaupun sumbangan ini hanya seutas tasbih namun impaknya terlalu bermakna buat mereka dalam mengenang kembali tragedi yang meragut nyawa para-para syuhadah di tanah tempat mereka mengejar ilmu baik duniawi mahupun akhirat.

“Saya nak ucap terima kasih pada pasukan 27 syuhada kerana sudi datang ke sekolah kami yang memberi satu tasbih kepada kami walaupun kita dapat satu saja tasbih tu tapi kegunaan dia banyak sangat dan memberi manfaat dia, tasbih tu insyAllah kami amalkan selepas solat fardhu dan ataupun dimana saja dengan mengunakan tasbih tu kami boleh sedekahkan zikir-zikir kami, al fatihah kami kepada orang yang telah meningal dunia,” kata Nurul Hawana Abdullah

Bagi Ketua Pelajar sekolah tersebut, Mohamad Amar Jaafar, biarpun sumbangan tasbih itu kecil tetapi ia tetap memberi kebaikan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.

“Seutas tasbih walaupun benda tu kecil tapi kebaikan ada sebab apa benda benda yang baik ini ada kebaikan dia dan akan dapat ganjaran yang Allah janjikan, kalau ada kawan atau sahabat kita atau saudara kita terima benda ini dia beramal dengan benda tu, dia beramal sampai dia tua ada anak pun pahala dia bagi kat orang lain akan berterusan sebab benda ni sedekah,” katanya.

Dalam pada itu pihak sekolah juga turut membawa wakil daripada Kindness bersama-sama pelajar menziarahi kubur para 27 syuhada di tanah perkuburan batu 16, Padang Lumat, Yan.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply