Rosmah Mansor hairan sikap Najib yang ‘terlampau penyabar’

Rosmah Mansor hairan sikap Najib yang ‘terlampau penyabar’

Najib seorang yang terlampau penyabar

Najib seorang yang terlampau penyabar

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akui hairan dengan sikap suaminya yang disifatkan sebagai terlampau penyabar.

Malah menurutnya, sikap itu boleh disaksikan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya sebagai isteri, hairan macam mana beliau boleh sabar, terlampau sabar.

“Tapi macam beliau kata, jangan ‘cross the line’. Di rumah, saya dan anak-anak selalu pastikan bahawa kami tidak melampaui batasan itu.

“Agaknya kalau saya dan anak-anak ‘cross the line’. Tak tahulah macam mana beliau respons,” katanya berseloroh ketika menjadi tetamu program bual bicara Langit Biru, di sini, hari ini.

Beliau juga sempat bergurau mengatakan, “kalau telinga dia (Najib) sudah merah, ketap gigi…lebih baik kita lari.”

Rosmah turut berkongsi kata-kata Najib kepadanya ketika beliau bertanya tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Saya tanya kenapa buat GST. Beliau cakap, ‘saya nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat  bukan pemimpin yang populis’,” katanya.

Dalam pada itu, ketika menjawab tentang anasir kebencian yang menular dalam masyarakat hari ini, Rosmah berkata itu budaya yang tidak sihat.

“Saya rasa ini satu sifat yang harus dihindarkan. Kita harus memupuk semangat positif kemudian kita akan mempunyai minda, sikap dan keluarga yang positif.

“Memanglah kita ada pendapat yang berbeza tapi itu bukan alasan untuk kita membenci seseorang,” katanya

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply