Fenomena Gerhana Bulan Penumbra malam esok 23 Mac 2016

Fenomena Gerhana Bulan Penumbra malam esok 23 Mac 2016

Gerhana bulan Penumbra malam esok - Sumber gambar dari drkrishi.com

Gerhana bulan Penumbra malam esok – Sumber gambar dari drkrishi.com

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku esok.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Wan Hakimah Abd Rahim, berkata fenomena gerhana itu hanya dapat mula disaksikan apabila bulan mulai terbit pada jam 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.

“Ini adalah gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan ‘Apogi’ 77.5 peratus.

“Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi ketika fasa maksimum,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ANGKASA; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai jam 7.30 malam hingga jam 9.30 malam di Planetarium Negara.

Katanya, ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari, selain orang awam dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. – BERNAMA

 

Sumber: BH Online

Loading...

Leave a Reply