Kilang rokok British American Tobacco Malaysia Berhad di Petaling Jaya bakal ditutup tahun depan

Kilang rokok British American Tobacco Malaysia Berhad di Petaling Jaya bakal ditutup tahun depan

Penguasaan 40 peratus rokok seludup di pasaran tempatan selain persaingan menyebabkan British American Tobacco Malaysia Berhad (BAT Malaysia) terpaksa melakukan penyusunan semula operasi termasuk menutup kilangnya di Virginia Park, Petaling Jaya, Selangor tahun depan.

Kilang rokok British American Tobacco Malaysia Berhad di Petaling Jaya bakal ditutup tahun depan

Kilang rokok British American Tobacco Malaysia Berhad di Petaling Jaya bakal ditutup tahun depan

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, BAT Malaysia memaklumkan syarikat itu tidak sewenangnya menutup operasi kilang sebelum mempertimbangkan semua penyelesaian terlebih dahulu namun keputusan itu tidak dapat dielakkan.

Katanya, penjualan rokok seludup di pasaran tempatan menjejaskan jualan rokok sah yang dikeluarkan syarikatnya.

“Cukai eksais yang tinggi juga menyebabkan kenaikan harga rokok. Sejak lima tahun lalu, cukai rokok meningkat sebanyak 110 peratus.

“Ini merangkumi empat fasa kenaikan besar-besaran termasuk peningkatan yang belum pernah berlaku sebelum ini dan terbaharu pada November lalu, kenaikan hampir 40 peratus.

“Disebabkan itu, jumlah jualan rokok sah menurun dengan ketara manakala rokok seludup pula membentuk lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran tempatan,” katanya.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini pula berkata, penstrukturan semula dan perjalanan syarikat ke arah model perniagaan yang berubah akan mempunyai kesan kepada syarikat berkenaan.

“Kami amat berbangga dengan kilang dan pekerja kami. Kebajikan pekerja kami telah dan akan terus menjadi keutamaan kami,” katanya.

Katanya, penstrukturan semula itu akan turut membabitkan penyumberan produk tembakau untuk pasaran tempatan daripada kilang BAT lain di rantau ini.

Ia juga merancang untuk mengurangkan operasi kilang secara berperingkat-peringkat dan selesai menjelang separuh kedua 2017.

“Eksesais mengurangkan operasi akan menjejaskan 230 kakitangan dan mereka akan diberikan beberapa pakej faedah serta pilihan untuk menjalani program peralihan kerjaya,” katanya.

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply