Mengejutkan! Perubahan seorang lelaki dari seorang mangsa buli yang gemuk ke seorang model yang kacak

Mengejutkan! Perubahan seorang lelaki dari seorang mangsa buli yang gemuk ke seorang model yang kacak

Dulu Mangsa Buli, Kini Seorang Model

Dulu Mangsa Buli, Kini Seorang Model

Austin Shifflett  22 tahun berasal dari Michigan, USA berjaya buktikan kepada orang ramai bahawa tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Perubahan drastik yang berlaku membuatkan orang ramai terkejut apabila Austin berjaya hilangkan berat sebanyak 75 kilo dalam masa 1 tahun.

Obesiti melanda sejak beliau berusia 13 tahun, setelah badan meningkat besar hari ke hari, Austin mengambil keputusan untuk mengamalkan diet Atkins. Diet ini mengurangkan seseorang mengambil makanan karbohidrat dan lebihkan makanan protein. Hasil semakin memberangsangkan, beliau mula aktifkan diri dengan bersenam di Gym. Dengan kombinasi diet atkins dan juga gym, Austin berjaya hilangkan berat sebanyak 75 kilo dalam masa setahun.

Menurut Austin, beliau sendiri tidak menyangka perubahan itu berlaku dengan pantas. Jika dahulu hidup cuma dengan makanan, Austin kini banyak melibatkan diri dengan aktiviti yang ekstrem seperti bola keranjang, mendaki dan sebagainya.

“Jika lelaki yang berusia 40 tahun masih gagah membina badan di gym, jadi, tiada alasan untuk saya tidak meneruskan aktiviti harian ini “


Masalah obesiti ini juga membuatkan dirinya menjadi mangsa buli di sekolah. Ramai yang mengejek dan memanggil beliau “ fat boy “ sehingga Austin membuat keputusan  tidak ingin hadir ke sekolah. Walaubagaimanapun, semangat serta usaha yang tidak pernah putus menjadikan Austin seorang lelaki yang sempurna dan kejayaan beliau sememangnya memberi inspirasi di mata orang ramai. Bukan itu sahaja, mereka yang pernah membuli Austin kini meminta pandangan beliau dari segi penjagaan badan.

 

Sumber: Era FM

Loading...

Leave a Reply