Boboiboy The Movie kutip RM3.2 juta selepas 4 hari tayangan

Boboiboy The Movie kutip RM3.2 juta selepas 4 hari tayangan

Boboiboy dah kutip RM3.2 juta

Boboiboy dah kutip RM3.2 juta

Selepas empat hari tayangan, filem animasi Boboiboy The Movie mencatat jumlah kutipan sebanyak RM3.2 juta.

Pengarahnya, Nizam Razak ketika dihubungi sebentar tadi mengakui teruja dengan kutipan memberangsangkan itu.

Nizam berkata jumlah itu di luar jangkaan pihaknya malah tidak menyangka filem animasi seperti ini mampu menarik perhatian masyarakat Malaysia.

Menurutnya lagi, dengan jumlah kutipan RM3.2 juta, seramai 270,000 penonton sudah menyaksikan karya itu dan menganggarkan jumlah akan meningkat menjelang cuti sekolah pada minggu hadapan.

“Insya-Allah jumlah penonton akan mencecah sehingga 800,000 hingga satu juta dalam masa sebulan kerana minggu hadapan cuti sekolah.

“Untuk sasaran jumlah kutipan pula, pihak kami menganggarkan kutipan sehingga RM12 ke RM13 juta dalam tempoh itu untuk pasaran Malaysia,” katanya lagi.

 

Sumber: Harian Metro

 

Loading...

Leave a Reply