Tun Mahathir bayangkan satu sel dengan Anwar Ibrahim di penjara

Tun Mahathir bayangkan satu sel dengan Anwar Ibrahim di penjara

 

Tun Mahathir Mohamad rela mati di dalam penjara demi mempertahankan kritikannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

“If you stick your neck out it will be chopped (jika anda menghulurkan leher nanti akan dipancung.

Tun Mahathir bayangkan satu sel dengan Anwar Ibrahim di penjara

Tun Mahathir bayangkan satu sel dengan Anwar Ibrahim di penjara

“If that’s how my life ends, in jail, then so be it, maybe I’ll share a cell with Anwar Ibrahim (jika begitu cara saya menghabiskan hayat di penjara, mungkin saya boleh berkongsi sel dengan Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media selepas disiasat oleh lima anggota polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir tidak merasakan hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan tercapai.

Ini kerana katanya, beliau merasakan kontroversi yang membabitkan syarikat pelaburan startegik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan selesai dalam tempoh waktu yang singkat.

“Saya rasa ia (isu 1MDB) akan menjadi sangat sukar diselesaikan,” katanya.

Bagaimanapun, Tun Mahathir memahami hasrat Zeti yang mahu mengakhiri perkhidmatannya tanpa sebarang masalah dan isu berbangkit.

“Saya tahu Zeti mahu menghabiskan tempoh berkhidmatnya tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

 

 

Sumber : FMT

Loading...

Leave a Reply