Ahli parlimen ambil cuti bersalin rupanya nak ‘main’ dengan model bikini sebelum isterinya bersalin

Ahli parlimen ambil cuti bersalin rupanya nak ‘main’ dengan model bikini sebelum isterinya bersalin

Hubungan sulit dengan model, Ahli Parlimen letak jawatan

Hubungan sulit dengan model, Ahli Parlimen letak jawatan

Ahli politik Jepun yang menjadi tajuk utama media kerana mengambil cuti isteri bersalin, berhenti selepas mengaku mengadakan hubungan sulit dengan model bikini ketika isterinya hamil.

Kensuke Miyazaki, 35, menggegarkan kancah politik konservatif Jepun apabila memohon mengambil cuti isteri bersalin selama sebulan untuk membantu isterinya yang hamil ketika itu, kali pertama bagi ahli perundangan lelaki Jepun berbuat demikian.

Tindakannya mengundang kritikan ramai di kalangan ahli politik di negara itu yang menyaksikan bapa mengambil cuti untuk menjaga anak amat jarang berlaku.

Namun Miyazaki mendapat sokongan Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Hari ini, ahli perundangan parti Liberal Demokratik itu mengumumkan peletakan jawatannya selepas majalah mingguan mendedahkan hubungan sulit beliau dengan wanita berusia 34 tahun ketika mereka berada di Kyoto iaitu kawasan Parlimen yang diwakilinya.

Miyazaki bertemu wanita itu yang juga pemakai kimono profesional ketika beliau membantu Miyazaki dan ahli politik lain memakai pakaian istiadat bagi sesi persidangan Parlimen bulan lalu.

Hubungan seks berlaku beberapa hari sebelum isteri Miyazaki, Megumi Kaneko, yang juga seorang ahli politik, melahirkan anak pertama mereka.

“Saya bersikap kejam terhadap isteri saya. Saya amat kesal kerana apa yang saya sokong selama ini iaitu suami mengambil cuti apabila isteri bersalin bertentangan dengan tindakan cuai saya.

“Jadi, memutuskan untuk meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar. – AFP

 

Sumber: BH Online

Loading...

Leave a Reply