Selepas sedekad protes, TNB alih laluan projek kabel elektrik

Selepas sedekad protes, TNB alih laluan projek kabel elektrik

Selepas 11 tahun sekumpulan penduduk membantah tanpa henti pelaksanaan projek kabel elektrik voltan tinggi, akhirnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengalih laluannya, tanpa melalui kampung mereka yang padat dengan penduduk.

Pengalihan laluan tersebut akan siap pada akhir tahun ini, demikian menurut taklimat yang diadakan semalam oleh Jawatankuasa Anti Kabel Voltan Tinggi Rawang (RAHTC) bersama dengan Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong dan ADUN Rawang, Gan Pei Nei.

Selepas sedekad protes, TNB alih laluan projek kabel elektrik

Selepas sedekad protes, TNB alih laluan projek kabel elektrik

Sambil menunjukkan surat dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), jawatankuasa itu berkata, kerajaan negeri telah mewartakan pelan pengalihan laluan itu pada Januari tahun lepas.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu menyimpan berita tersebut, kerana bimbang terlalu awal untuk menghebahkan berita baik kepada orang ramai sehinggalah projek pengalihan tersebut bermula bulan lalu – setahun selepas pelan itu mendapat lampu hijau rasmi.

Kerajaan negeri telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu itu dan malah telah membawa perkara itu kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), kata Gan (tengah).

Dengan tiga pelan alternatif awal, termasuk pengalihan laluan bawah tanah yang dicadangkan oleh MB sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim, Gan berkata pihaknya kemudiannya mengupah perunding dari Australia untuk mengkaji perkara itu.

“Pada tahun 2013, kita telah dipilih lagi sebaga kerajaan negeri. Akhirnya, dalam pertemuan dengan TNB , mereka bersetuju untuk mengubah laluan.”Ahli Parlimen dan ADUN, ahli jawatankuasa dan PTGS datang ke Rawang untuk kajian lapangan, dan kami akhirnya mengemukakan pelan alternatif.

“Selepas PTGS dan kerajaan negeri mencadangkan pelan itu, TNB dan juruteknik menelitinya dan mereka akhirnya memberi sokongan. Ia kemudiannya dihantar ke mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk kelulusan, dan kemudian dibawa balik ke PTGS untuk pengambilan tanah negeri.

“Kini, kira-kira 26 peratus daripada projek pengalihan laluan itu selesai,” kata Gan.

Gan berkata pelan pengalihan laluan itu sama dengan cadangan RAHTC, dengan kabel elektrik voltan tinggi melalui kawasan yang tidak digunakan dan rizab kerajaan dan bukannya kampung baru Cina.

Sumber : Malaysiakini

Loading...

Leave a Reply