Kesas tawar diskaun tol 10% sempena Tahun Baru Cina

Kesas tawar diskaun tol 10% sempena Tahun Baru Cina

SHAFIEN menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya.

SHAFIEN menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya.

Kesas Sdn Bhd (Kesas), syarikat pengendali Lebuhraya Shah Alam (LSA) menawarkan diskaun 10 peratus kepada semua pengguna kenderaan kelas satu sempena Tahun Baru Cina minggu depan.

Pengurangan tol sebanyak 20 sen berkuat kuasa 8 Februari di semua plaza tol LSA itu bermula dari jam 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kesas Imran Gulcharan Abdullah berkata, ia membolehkan pengguna menikmati kadar tol RM1.80 berbanding nilai biasa RM2.

“Pemberian subsidi tol pada kali ini dianggarkan RM40,000 dengan jangkaan trafik 200,000 kenderaan.

“Ini sebahagian komitmen tanggungjawab sosial Kesas kepada pengguna LSA selain sebagai tanda penghargaan kepada pengguna yang sentiasa menyokong kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ops Selamat 8 peringkat daerah Shah Alam bagi perayaan Tahun Baru Cina 2016,” katanya, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat.

Imran Gulcharan berkata, pemberian diskaun tahunan itu sudah masuk tahun ketujuh dan ia salah satu inisiatif bagi meringankan kos sara hidup orang ramai.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan kutipan tol secara elektronik sepenuhnya (ETC) di empat plaza tol LSA bermula 2 Mac ini.

Katanya, pelaksanaan sepenuhnya ETC itu strategi penambahbaikan sistem kutipan tol di LSA serta mengurangkan kesesakan trafik di semua plaza tol sekali gus meningkatkan tahap kepuasan dan keselesaan pengguna LSA.

Sementara itu, Shafien berkata, pelancaran Ops Selamat 8 itu bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai keselamatan jalan raya serta langkah pencegahan jenayah pada musim perayaan.

“Statistik menunjukkan pada 2014 ketika Ops Selamat 4, kadar kemalangan jalan raya di sekitar daerah Shah Alam 477 kes dan meningkat 16 peratus pada Ops Selamat enam tahun lalu iaitu 493 kes.

“Oleh itu, kita berharap dalam Ops Selamat 8 ini, kita dapat mengurangkan kadar kemalangan di daerah ini begitu juga kadar jenayah,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply