Whatsapp umum hapus yuran langganan AS$0.99

Whatsapp umum hapus yuran langganan AS$0.99

WhatsApp Hapus Yuran Langganan

WhatsApp Hapus Yuran Langganan

Perkhidmatan pesanan mudah alih WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook Inc berkata, ia tidak lagi mengenakan yuran langganan tahunan dan merancang untuk menguji sistem yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung dengan organisasi dan perniagaan menerusi aplikasi tersebut.

WhatsApp yang mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia dan berfungsi menerusi pelbagai jenis telefon berkata, ia tidak merancang untuk melancarkan pengiklanan pihak ketiga bagi menjana pendapatan.

Ia hanya mengenakan caj untuk yuran langganan tahunan sebanyak AS$0.99 (RM4.35) atau setaraf, yang dikecualikan pada tahun pertama, dan berkata, ia akan menghapuskan bayaran itu dalam beberapa minggu akan datang.

Ia akan menguji sistem yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan organisasi dan perniagaan di WhatsApp, berbanding menerusi pesanan teks dan panggilan telefon.

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi pertama yang membolehkan orang ramai menghantar dan menerima teks pesanan menerusi telefon pintar.

Tanpa caj rangkaian, ia akan menjadi semakin popular di kalangan pengguna muda.

Ia menyaksikan persaingan berdasarkam aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan oleh antara lain adalah Google. – Reuters

 

Sumber: MStar

Loading...

Leave a Reply