Gambar ikan keli bauksit jadi viral: “Itu Golden Cave Catfish!” kata LKIM

Gambar ikan keli bauksit jadi viral: “Itu Golden Cave Catfish!” kata LKIM

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini menafikan maklumat yang menjadi viral di media sosial kononnya wujud spesis ikan keli baharu berikutan pencemaran sungai akibat bauksit.

Pengerusinya Datuk Irmohizam Ibrahim berkata berita tersebar menyatakan wujud ikan ‘keli bauxite’ itu tidak benar, sebaliknya ia merupakan spesis ikan hiasan dinamakan ‘Golden Cave Catfish’ yang berasal dari Namibia.

Gambar ikan keli bauksit jadi viral: "Itu Golden Cave Catfish!" kata LKIM

Gambar ikan keli bauksit jadi viral: “Itu Golden Cave Catfish!” kata LKIM

“Ikan tersebut dibawa ke negara ini oleh pengimport ikan hiasan dan mungkin terlepas di perairan umum.

“Ikan dan gambar tersebut pernah dilaporkan di Saratok, Sarawak pada November 2014,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini .

Sementara itu, Pengarah LKIM Pahang Yahya Mohamad ketika dihubungi, turut menafikan maklumat yang menjadi viral di media sosial itu, memetik sumber daripada LKIM.

Katanya gambar ikan yang tersebar itu tiada kaitan dengan aktiviti bauksit dan merupakan maklumat palsu.

Berita mengenai penemuan ikan keli itu menjadi viral apabila dikatakan ia spesis ikan keli baharu yang ditemui di daerah ini, berikutan pencemaran sungai akibat perlombongan bauksit. — Bernama

Sumber : Malay Mail

 

Loading...

Leave a Reply