Perkahwinan bukan ganjaran untuk perogol – Sisters in Islam

Perkahwinan bukan ganjaran untuk perogol – Sisters in Islam

 

Sisters In Islam (SIS) mengingatkan ulama PAS bahawa agama tidak membenarkan perkahwinan bawah umur, terutamanya jika lelaki itu adalah perogol.

Organisasi bukan kerajaan itu berkata ia “adalah satu penghinaan kepada Islam untuk mengatakan bahawa penyelesaian untuk rogol bawah terletak di dalam agama iaitu dengan mengahwinkan anak-anak pada usia yang muda.

Perkahwinan bukan ganjaran untuk perogol - Sisters in Islam

Perkahwinan bukan ganjaran untuk perogol – Sisters in Islam

“Islam tidak membenarkan perkahwinan bawah umur, terutamanya jika ia dengan pelaku itu sendiri iaitu perogol gadis bawah umur berkenaan.

“Perkahwinan dalam Islam adalah tentang cinta, kasih sayang, saling menghormati dan tanggungjawab bersama antara suami dan isteri.

“Bagaimana mereka akan mendapat kasih sayang jika tiada keseimbangan yang adil di antara pasangan suami isteri dan wujud ancaman penderaan seksual dalam perkahwinan itu,” kata SIS dalam kenyataan sebagai respons kepada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Mohd Khairuddin dilaporkan berkata bahawa perkahwinan dicadangkan sebagai penyelesaian terbaik terhadap kes rogol yang tinggi di Malaysia.

SIS berkata adalah mengejutkan bahawa Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengambil ringan mengenai trauma yang dialami oleh mangsa-mangsa kes rogol bawah umur.

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply