Tweet paling popular dunia dan di Malaysia sepanjang 2015

Tweet paling popular dunia dan di Malaysia sepanjang 2015

 

Kumpulan One Direction mendahului senarai tweet paling popular tahun ini berdasarkan jumlah Retweet (RT) yang diterima.

Hasil kajian Twitter yang diterbitkan di laman khas 2015.twitter.com, tweet daripada Harry Styles, Zayn Malik, Liam Payne dan Louis Tomlinson mendominasi senarai Top 5.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan personaliti televisyen Caitlyn Jenner turut mengungguli senarai Top 10.

Berikut adalah 10 tweet paling popular tahun 2015. (*Kesemua angka berdasarkan ketika artikel ini ditulis.)

 

1) Reaksi anggota Harry Styles setelah Zayn Malik umum keluar dari anggota itu adalah tweet paling popular tahun ini dan menerima 750,446 RT.

 

2) Ucapan bekas anggota One Direction Zayn Malik yang memberi sokongan kepada single terbaru kumpulan itu “Drag Me Down” menerima 571,083 tweet.

 

 

3) Setelah 5 tahun ditubuhkan, Liam Payne ucap terima kasih kepada kesemua anggota One Direction yang lain atas sambutan ini. Tweet ini menerima 499,580 RT.

 

 

4) Presiden AS Barack Obama berjaya memecah dominasi One Direction dan menduduki tangga ke-4.

Tweet sokongan beliau terhadap hak perkahwinan golongan gay dan lesbian menerima 447,173 RT.

 

 

 

5) Louis Tomlinson dari kumpulan One Direction mengucapkan terima kasih kepada para peminat. Tweet ini menerima 414,597 RT.

 

 

6) Setelah pertabalan Raja Salman sebagai pemerintah baharu Arab Saudi, baginda kongsi ucapan sokongan kepada rakyat.

Baginda menaiki takhta setelah kemangkatan Raja Abdullah Abdulaziz.

 

 

 

7) Penyanyi rap terkenal Kanye West menduduki tangga ke-7 dengan sebuah mesej motivasi.

 

8) Satu lagi anggota One Direction Niall Horan berjaya menduduki tangga Top 10.

Ucapan ulang tahun dari Horan kepada Payne menerima 324,344 RT.

 

 

9) Tweet terakhir pelakon lagenda Leonard Nimoy menerima 276,868 RT.

Tweet berkenaan ditulis pada 23 Februari dan beliau meninggal dunia pada 27 Februari.

 

10) Transformasi Bruce Jenner kepada Caitlyn Jenner mendapat perhatian ramai sepanjang tahun ini.

Tweet yang memperkenalkan Caitlyn Jenner kepada dunia (dan juga tweet pertama beliau) menerima 258,802 RT.

 

 

 

 

 

Tweet paling popular dunia dan di Malaysia sepanjang 2015

Tweet paling popular dunia dan di Malaysia sepanjang 2015

Tweet daripada pemimpin negara terus mendapat perhatian netizen.

Untuk senarai Malaysia, kami memilih beberapa individu ternama dan menyemak tweet paling popular mereka berdasarkan jumlah RT yang diterima.

Ternyata apa yang dikongsi oleh personaliti ini terus mendapat perhatian umum.

Di arena politik, tweet ucapan takziah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelah pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan tweet paling popular beliau pada tahun ini berdasarkan RT yang diterima.

 

 

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang tweet mengenai sikap manusia yang suka menghukum orang lain menerima 8,171 RT.

 

 

Sementara itu, gambar nasi goreng tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimuat naik oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan merupakan tweet paling popular beliau sepanjang tahun ini.

 

 

Apa yang dikongsi oleh para artis di media sosial terus mendapat perhatian orang ramai.

Dalam dunia hiburan, tweet daripada Datuk Siti Nurhaliza, Neelofa, Yuna, Faizal Tahir dan Joe Flizzow terus dikongsi oleh netizen.

Tweet Siti Nurhaliza yang menyentuh tentang situasi yang melibatkan urus niaga pembelian hartanah oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) mendapat 5,518 RT.

Tweet tentang mencari pasangan hidup oleh Neelofa menerima 30,147 RT dan oleh Yuna menerima 10,792 RT.

 

 

Penyanyi terkenal Faizal Tahir yang menyentuh tentang persepsi penggunaan Bahasa Ingerris menerima 18,108 RT.

 

Joe Flizzow tidak setuju dengan penyebaran video penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang menyanyi ketika tangan bergari yang terus menjadi viral pada Januari 2015.

Tweet beliau menerima 8,645 RT.

 

 

Akhir sekali, ingin tahu apa tweet paling popular Astro AWANI?

Tweet mengenai pengumuman cuti umum peristiwa setelah kejayaan Selangor menjulang Piala Malaysia 2015 merupakan tweet paling popular kami dengan 5,169 RT.

 

 

 

Sumber : Awani

Loading...

Leave a Reply