6 filem bukti dominasi Shah Rukh Khan berterusan

6 filem bukti dominasi Shah Rukh Khan berterusan

 

RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) meneruskan dominasinya dalam industri perfileman menerusi filem terbaharunya, Dilwale.

Filem tersebut, yang kembali menggandingkan SRK dengan pasangan paling idealnya, Kajol, tidak punya masalah untuk mengenepikan cabaran filem-filem lain yang ditayangkan pada tarikh yang hampir sama, antaranya Bajirao Mastani lakonan Deepika Padukone dan Star Wars: The Force Awakens.

Dilwale bukan filem SRK yang pertama yang berjaya mengenepikan saingannya. Di bawah adalah senarai enam filem yang membuktikan walaupun Bollywood didiami begitu ramai aktor muda, kacak dan berbakat, tetapi belum ada yang mampu mencetuskan kegilaan sebagaimana yang dilakukan SRK.

Kuch Kuch Hota Hai vs Bade Miyan Chote Miyan  (1998)

6 filem bukti dominasi Shah Rukh Khan berterusan

6 filem bukti dominasi Shah Rukh Khan berterusan

Kuch Kuch Hota Hai vs Bade Miyan Chote Miyan

Gandingan SRK bersama Kajol dan Rani Mukerji berjaya menewaskan filem lakonan Amitabh Bachchan itu, malah Kuch Kuch Hota Hai muncul sebagai filem dengan kutipan tertinggi tahun tersebut.

Mohabbatein vs Mission Kashmir (2000)

Mohabbatein vs Mission Kashmir

Mohabbatein vs Mission Kashmir

Walaupun nama Hritik Roshan masih fresh dengan kejayaan Kaho Naa…Pyar Hai ketika ini, namun kelibat SRK tetap dinanti. Mohabbatein memaparkan banyak muka baharu, namun charm SRK sahaja sudah cukup untuk ia mengatasi Mission Kashmir.

Veer-Zaara vs Aitraaz (2004)

Veer-Zaara vs Aitraaz

Veer-Zaara vs Aitraaz

Antara pertembungan paling hebat dalam sejarah industri perfileman di India. Dua plot cerita yang berbeza; Veer-Zaara sebuah kisah cinta tragis, manakala Aitraaz disifatkan filem thriller ‘luar kotak’. Aitraaz mendapat pujian melambung daripada pengkritik namun Veer-Zaara lebih cemerlang dalam senarai pecah panggung.

Don vs Jaan-E-mann (2006)

 Don vs Jaan-E-mann

Don vs Jaan-E-mann

Risiko yang diambil SRK apabila membintangi filem Don, malah saingan yang diberikan filem gandingan trio Salman Khan, Preity Zinta dan Akshay Kumar itu langsung tidak mendatangkan kesan kepada kutipan Don.

Om Shaanti Om vs Saawariya (2007)

Om Shaanti Om vs Saawariya

Om Shaanti Om vs Saawariya

Kolaborasi pertama Shah Rukh Khan bersama Deepika Padukone yang membuahkan hasil. Bolehlah dikatakan saingan ini berat sebelah kerana kutipan Om Shanti Om jauh meninggalkan Saawariya lakonan Ranbir Kapoor dan Sonam Kapoor.

Chennai Express vs Once Upon A Time In Mumbaai 2 (2013)

Om Shaanti Om vs Saawariya

Om Shaanti Om vs Saawariya

Hakikat pahit yang terpaksa ditelan Akshay Kumar apabila sekali lagi kutipan filem lakonannya gagal menyaingi filem SRK. Chennai Express mencatat sejarah sebagai filem paling pantas mencecah kutipan 1 bilion rupee (RM64 juta) di India.

Sumber : Awani
Loading...

Leave a Reply