Tawau bergegar susulan gempa bumi di Tarakan

Tawau bergegar susulan gempa bumi di Tarakan

ORANG ramai termasuk penghuni hotel di sekitar Bandar Tawau keluar dari bangunan. FOTO ihsan bomba

ORANG ramai termasuk penghuni hotel di sekitar Bandar Tawau keluar dari bangunan. FOTO ihsan bomba

Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud yang berlaku di Tarakan, Indonesia turut dirasai di sekitar daerah ini pada 2.47 pagi tadi.

Gegaran kuat itu menyebabkan penghuni bangunan seperti kuarters dan flat serta hotel keluar dari bangunan kerana bimbang keselamatan masing-masing.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau, €ŽMohd Razali Awang Ahmad, tujuh panggilan diterima pihak Pusat Gerakan Operasi (PGO) berikutan gegaran terbabit.

“Pemantauan segera dilakukan termasuk membunyikan siren dan membuat pengumuman supaya penghuni kuarters bomba mengosongkan bangunan untuk tujuan keselamatan.

“Pemantauan juga dilakukan di sekitar daerah ini berikutan panggilan kecemasan yang diterima dan sebuah flat Sri Apas Batu 8 mengalami keretakan pada bahagian tampalan simen bangunan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Razali berkata, pihaknya bertindak memaklumkan kepada penghuni flat supaya melaporkan kepada pihak penyelengara bangunan melakukan pemeriksaan lanjut.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply