Menteri Besar Selangor Azmin Ali arah 2 syarikat konsesi milik kerajaan selangor beri penjelasan berkenaan kenaikan kadar tol

Menteri Besar Selangor Azmin Ali arah 2 syarikat konsesi milik kerajaan selangor beri penjelasan berkenaan kenaikan kadar tol

Azmin arah 2 syarikat konsesi tol beri penjelasan

Azmin arah 2 syarikat konsesi tol beri penjelasan

Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengarahkan dua syarikat milik kerajaan untuk tampil bersama penjelasan berhubung kenaikan kadar tol di dua lebuh raya iaitu Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Damansara – Puchong (LDP).

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan berhak untuk berbuat demikian kerana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) mempunyai  kepentingan minoriti di dalam dua lebuh raya itu.

“PKNS dan KPS perlu memberi taklimat kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) esok.

“Saya sudah minta PKNS dan Kumpulan Perangsang yang masing-masing ada kepentingan minoriti dalam Kesas dan LDP untuk hadir ke MTES esok,” kata Azmin seperti yang dipetik menerusi posting di akaun Twitternya hari ini

[ARTIKEL BERKAITAN: Kadar tol terbaharu mulai Khamis ini]

PKNS memiliki 30 peratus daripada Lebuhraya Kesas, manakala KPS pula memiliki 20 peratus kepentingan dalam Lebuh raya SPRINT dan LDP.

“MTES akan meneliti maklum balas daripada PKNS dan KPS. Dasar kerajaan negeri adalah jelas membantah sebarang kenaikan tol yang membebankan rakyat,” katanya lagi dalam satu lagi posting di akaun sama, hari ini.

Kenaikan kadar tol baharu dijadual bermula esok.

Peratusan kenaikan bayaran tol kali ini menyaksikan kenaikan sehingga 80 peratus melibatkan SILK, 67 peratus bagi Akleh, 54 peratus bagi Besraya, 50 peratus bagi LKSA dan Smart, manakala 10 lebuh raya lain menyaksikan kenaikan antara 17 hingga 44 peratus.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply