Saya Hanyalah Nabil Yang Biasa, Balik Haji Tidak Semestinya Boleh Jadi Ustaz – Nabil Ahmad

SAYA HANYALAH NABIL YANG BIASA, BALIK HAJI TIDAK SEMESTINYA BOLEH JADI USTAZ – NABIL AHMAD

 

Umum mengetahui bahawa pelawak dan pengacara Nabil Ahmad baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji di Mekah. Mengakui ia satu pengalaman yang banyak mengajar beliau tentang erti kesabaran Nabil bagaimanapun memberitahu masih banyak lagi kekurang didalam dirinya meskipun sudah bergelar “Haji”.

Saya mengaku, masih banyak kekurangan. Tidak semestinya selepas mengerjakan haji, balik terus boleh jadi ustaz.

Saya Hanyalah Nabil Yang Biasa, Balik Haji Tidak Semestinya Boleh Jadi Ustaz – Nabil Ahmad

Saya Hanyalah Nabil Yang Biasa, Balik Haji Tidak Semestinya Boleh Jadi Ustaz – Nabil Ahmad

Tidak! Saya hanyalah Nabil Ahmad yang biasa. Cuma selepas tunaikan haji, saya harus pandai menjaga diri. Jika dahulu, saya hanya dirikan solat yang wajib, sekarang saya kena rajin buat solat sunat dan perkara lain yang boleh mendapat pahala tambahan.

Pernah popular dan tiba-tiba mengalami kejatuhan baik didalam karier ataupun kehidupan peribadinya, Nabil mula merasakan sikap beliau yang tidak menjaga solat selepas bergelar artis sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupannya.

Program Raja Lawak mengubah kehidupan saya 180 darjah. Sebab itu, semua rakan saya berkata, perkara paling ajaib pernah berlaku di dunia adalah saya. Bayangkan dahulu, saya penghantar surat yang bergaji RM600 sebulan. Tahun 2010 merupakan zaman kejatuhan saya. Kerjaya dan kehidupan peribadi tidak menjadi. Alhamdulillah, saya cepat tersedar kerana terlalu hanyut dengan keduniaan.

Saya berfikir, dahulu waktu jadi penghantar surat, hidup sentiasa gembira dan tidak bermasalah. Sebabnya ketika itu, saya amat menjaga solat. Bila jadi artis dan sudah sibuk, perkara yang asas iaitu solat telah saya ditinggalkan. Perkara itu amat menyedarkan saya. Apabila saya baiki solat, lama-kelamaan semuanya kembali pada kedudukan yang normal. Kerjaya bertambah baik dan saya bertemu jodoh.

Pemikiran masyarakat kita, jika balik daripada haji sahaja mesti mengharapkan seseorang itu sudah begitu sempurna tetapi gelaran “Haji” itu tidak pernah menunjukkan kesempurnaan sebenarnya dan ia membuatkan kita sedar bahawa setiap hari kita perlu baiki kelemahan yang ada.

Sumber Berita: Kosmo!

 

 

Via : BN

Loading...

Leave a Reply