Berjaya Dapat Tuntutan Mutaah: Orang Menipu Tak Akan Ke Mana – Rita Rudaini

BERJAYA DAPAT TUNTUTAN MUTAAH: ORANG MENIPU TAK AKAN KE MANA – RITA RUDAINI

 

Setelah berhempas pulas sekian lama, akhirnya pelakon cantik si Rita Rudaini berjaya mendapatkan hak mutaahnya dan dia turut berkongsikan kegembiraan tersebut bersama peminat di laman Instagram miliknya.

Berjaya Dapat Tuntutan Mutaah: Orang Menipu Tak Akan Ke Mana – Rita Rudaini

Berjaya Dapat Tuntutan Mutaah: Orang Menipu Tak Akan Ke Mana – Rita Rudaini

“Alhamdulillah, orang menipu takkan ke mana. Allah sentiasa bersama orang yang dianiaya. Sebelum ini ada seorang hamba Allah mendakwa saya sebagai seorang isteri yang tidak layak untuk mendapat tuntutan mutaah iaitu haknya sendiri. Alhamdulillah Allah maha adil dan maha mengetahui. Syukur ya Allah. Kemenangan berpihak pada orang yang benar. Syukur, saya menang dalam kes mutaah dan saya telah diisytiharkan oleh mahkmah bahawa saya layak untuk mendapat mutaah.”

Perkongsian Rita Rudaini mendapat sokongan daripada peminatnya yang juga sentiasa mengikuti perkembangan pelakon ini. Apa pun, tahniah kepada Rita di atas perjuangannya yang tidak putus-putus selama ini. Suria FM mendoakan agar Rita Rudaini kuat dan terus kuat demi anak-anak. Ehh comel pula Rita pakai tudung. Manis je! Hehehe.

Sumber : Suria fm

Loading...

Leave a Reply