Bila Penat Berjuang, Mungkin Kisah Ini Boleh Buat Anda Kembali Bersemangat

BILA PENAT BERJUANG, MUNGKIN KISAH INI BOLEH BUAT ANDA KEMBALI BERSEMANGAT

 

Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan oleh Al Irfan Jani di akaun Facebook beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat membantu anda kembali bersemangat.

Kalau anda penat mengubah dunia, mungkin kisah ini sesuai untuk anda

Selak emel-emel lama dengan kawan-kawan di Jepun, terjumpa satu gambar ni. Terus teringatkan cerita pasal gambar ni. (Smartfon di Jepun masa tu tak guna SMS, semua guna emel fon).

Masa tu bila sembang-sembang, tak rasa macam apa-apa makna pun. Tapi, bila dah bertahun-tahun berlalu, rasa cerita ni macam bermakna sangat pada diri ini.

Pada hari kejadian, saya ikut kawan-kawan pergi melawat satu rumah kawan ni. Tepi pantai rumah dia. Bayanglah dia punya angin macam mana. Fuhh. Syurga.

Cadangnya dari rumah dia, kami berempat ni nak pergi tengok wayang Mat Salleh. Peliklah juga apasal dia ajak saya tengok wayang. Semua kawan lelaki ye, kau jangan nak memandai.

Sebelum nak bertolak dari rumah dia ni, mak dia pesan dari dapur,

“Joy-chan, kaette wasuruna! (Joy, balik nanti, jangan lupa)”
Kami ni dah gelak kaw-kaw. Nama panggilan dia di rumah tak boleh blah. “JOY” Padahal, nama pekat Jepun totok dah dia tu.

Ohhh… barulah saya tahu, pawagam Jepun ni kalau tayang filem Mat Saleh, semua kerusi KOSONG. Kawan-kawan ni nak belajar bahasa Inggeris rupanya, patutlah ajak saya sekali dalam geng wayang ni. Siap bawa buku nota, kau!

Ok. Itu bukan cerita yang nak dikongsikan. Ini baru cerita yang sebenar.

Balik tu, si Joy ni ajak kami ikut sekali singgah ke rumahnya. Katanya nak ajak tengok kura-kura di pantai belakang rumahnya. Rupa-rupanya, mak si Joy ni suruh dia memberus cengkerang kura-kura.

Terkejut saya, ada BERPULUH ekor kura-kura habaq ang. Dan semuanya kura-kura LIAR. Memang pantai belakang rumah dia tu tempat kura-kura liar selalu ‘landing‘. Katanya mereka ni datang ikut musim.

Bila Penat Berjuang, Mungkin Kisah Ini Boleh Buat Anda Kembali Bersemangat

Bila Penat Berjuang, Mungkin Kisah Ini Boleh Buat Anda Kembali Bersemangat

Saya yang geli geleman dengan kucing pun, tak pasal-pasal kena ikut memberus sekali. Nak kena pegang seekor-seekor, pikul dalam bakul, bawa naik basikal ke belakang rumahnya. Nasib baik tak jauh. Aku syak, Joy ni ajak kami sebab nak ‘manpower’ lah. Chisss… (jahat aku, kan?)

Ada kawan ni, Kawafune namanya, dia gelak-gelak, “Apalah gilanya mak kau ni. Aku pun ada kura-kura jugak. Takkan satu dunia punya kura-kura kita nak kena gosok? Hahaha.”

Saya yang tak pernah bela kura-kura memanglah tercengang. Saya tanya Kawafune, “Oh, memang semua cengkerang kura-kura ni semulajadi ada lumut ke?”

Kawafune mengangguk, “Lumut ni boleh sebabkan kura-kura ni kena penyakit. Cuma aku pelik dengan Joy, berapa ribu cengkerang kita nak kena gosok ni. Bukan boleh selamatkan SATU DUNIA punya kura-kura pun.”

Lenguh jugalah kaki ni dok mencangkung, memberus. Punyalah dajal mamat-mamat ni, dia tarik seluar kawan lepas tu siram dalam tu dengan sabun. Gila punya gurau.

Lama juga nak tunggu jawapan Joy mengenai persoalan Kawafune. Sambil main-main tu, Joy jawab, selamba.

“Kau janganlah kisahkan SATU DUNIA punya kura-kura tu. Kura-kura yang kau pegang tu, kalau dia boleh bercakap, dia akan cakap, “Wah, thanks Joy, sebab dah ubah DUNIA AKU.”
Dan jawapan dari Joy ini, bagi saya amat bermakna bila saya mengenangnya kini.

Kita mungkin sehari-hari, sering memikirkan betapa teruknya dunia di sekeliling kita. Dan sekali-sekala, berangan juga kita nak mengubah seluruh dunia ini menjadi lebih baik.

Akhirnya, sampai satu peringkat, kita macam dah penat. Kerana memikirkan betapa besarnya SATU DUNIA ini untuk kita perbaiki.

Sedangkan, seluruh dunia ini, adalah himpunan dunia-dunia yang kecil. Dunia saya, dunia bisnes, dunia cikgu, dunia semut, dunia rumput.

Satu Dunia VS Dunia Satu

Bagi kita, amat mustahil untuk kita mengubah semua kura-kura di dunia (SATU DUNIA). Namun, dengan sedikit kebaikan kecil kita, bagi seekor kura-kura, seluruh dunianya telah berubah (DUNIA SATU). Bukankah begitu besar dunia ini bagi seekor kura-kura?

Oleh itu, jangan kita lupa. Biar kita tak mampu ubah SATU DUNIA, namun kita mampu mengubah DUNIA yang SATU. Mari lakukan apa jua kebaikan, biarpun kecil, biar sedikit. Siapa tahu, ia mampu mengubah dunia seseorang yang lain.

Duniaku, tidak sama dengan duniamu.
Namun, kita berkongsi dunia yang sama.
Assalamualaikum, Dunia.

Al Irfan Jani

Sumber : The Vocket

Loading...

Leave a Reply