Gadis Pinoy perdaya remaja lelaki Malaysia rakam video bogel

Gadis Pinoy perdaya remaja lelaki Malaysia rakam video bogel

Cinta kilat Pinoy

Cinta kilat Pinoy

Hanya dalam tempoh dua jam berkenalan, seorang wanita warga asing berjaya merakam video bogel seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sebelum mengugut mangsa dalam kejadian 25 September lalu.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Ling,17, mengaku dia mula mengenali gadis warga Filipina yang berusia 19 tahun itu melalui laman sosial Facebook.

“Saya hanya berbual dengan wanita berkenaan melalui Facebook sebelum dia meminta saya menghubunginya menggunakan aplikasi Skype.

“Dalam tempoh perkenalan selama dua jam itu, wanita itu membuka pakaian sebelum mengarahkan saya melakukan perkara sama,” katanya.

Menurutnya, dia yang terpedaya dengan pujuk rayu gadis berkenaan hanya mengikut arahan sebelum dia menyedari aksinya dirakam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply