Suami Berusia 70 Tahun Berbasikal Ke Negara Lain Hanya Untuk Belikan Isterinya Kopi

SUAMI BERUSIA 70 TAHUN BERBASIKAL KE NEGARA LAIN HANYA UNTUK BELIKAN ISTERINYA KOPI

 

Cinta dan sayang buat kita sanggup lakukan apa sahaja. Kita mesti sanggup lakukan apa yang kita mampu untuk buat mereka gembira tidak kira betapa sukarnya.

Cerita cinta pasangan veteran ini pasti buatkan anda mahukan ia sebagai ‘relationship goals’  selama lebih daripada tiga dekad, David dan Jackie Pedlow hanya minum kopi kegemaran Jackie. Mereka merasa kopi yang pertama Grand Mere semasa di Perancis.

Suami Berusia 70 Tahun Berbasikal Ke Negara Lain Hanya Untuk Belikan Isterinya Kopi

Suami Berusia 70 Tahun Berbasikal Ke Negara Lain Hanya Untuk Belikan Isterinya Kopi

Tiba-tiba bekalan simpanan kopi mereka telah habis. Jadi, David rasakan tidak ada salahnya dia melakukan sesuatu di luar jangkaan dengan menaiki basikal elektrik barunya dari Plymouth, England untuk membeli kopi tersebut yang hanya dijual di Perancis.

David berhenti di pasaraya Super U dan membeli 66 kilogram kopi tersebut untuk dibawa pulang. Secara keseluruhannya, beliau mengembara kira-kira 250 batu pada hari itu. Ternyata cintanya terhadap isterinya melebihi segala-galanya.

Sumber : Era fm

Loading...

Leave a Reply