[FAKTA] Kajian Mendapati, Lelaki Badan Sado Tak Kuat!

[FAKTA] KAJIAN MENDAPATI, LELAKI BADAN SADO TAK KUAT!

 

Memiliki tubuh badan yang sasa atau sado, kini menjadi idaman ramai lelaki kerana mereka percaya otot yang lebih besar menjadikan mereka lebih kuat.

Bagaimanapun, kajian dari sekumpulan penyelidik di Universiti Manchester Metropolitan di Britain mendapati, otot yang besar tidak semestinya menjadikan seseorang itu kuat.

Kajian Profesor Hans Degens dan pasukannya mendapati, tisu otot yang sederhana menghasilkan lebih tenaga berbanding tisu otot yang terlalu besar.

[FAKTA] Kajian Mendapati, Lelaki Badan ‘Sado’ Tak Kuat!

[FAKTA] Kajian Mendapati, Lelaki Badan Sado Tak Kuat!

Hasil kajian kumpulan itu diterbitkan di majalah Experimental Physiology baru-baru ini.

Degens dan pasukannya melakukan kajian pada 12 ahli bina badan, enam atlet sukan dan 14 lelaki normal yang aktif secara fizikal.

Pasukan tersebut mengkaji dan mengukur saiz sel otot setiap subjek bagi membolehkan mereka mengenal pasti tenaga yang dihasilkan serta kualiti otot.

Hasil dari kajian tersebut mendapati, walaupun ahli bina badan memiliki sel otot yang lebih besar berbanding lelaki biasa, tenaga yang dihasilkan lebih rendah.

Atlet sukan pula memiliki kualiti otot yang hampir sama dengan lelaki biasa yang aktif, tetapi mampu menghasilkan tenaga lebih cepat, menjadikan mereka lebih kuat.

“Ramai antara kita kagum dengan sado dan otot besar ahli bina badan dan beranggapan mereka kuat seperti watak komik Incredible Hulk.

“Bagaimanapun, kami dapati sel otot ahli bina badan menghasilkan kurang tenaga berbanding lelaki biasa yang aktif,” katanya. – Agensi

Via : Hanasuva

Loading...

Leave a Reply