Para Suami Kena Baca! ‘Memang Susah Suami Nak Support Isteri Yang Breastfeed’

PARA SUAMI KENA BACA! ‘MEMANG SUSAH SUAMI NAK SUPPORT ISTERI YANG BREASTFEED’

 

Minggu lepas 16 September 2015 genap umur si kecil ini setahun. Dan cukup setahun juga breastfeed susu ibunya. Pelbagai kisah dan pengalaman yg dapat ibu dan abi dari dia. Dan genap setahun juga saya membantu isteri untuk menjayakan penyusuan ini.
Berbanding dari anak sulong dulu, anak kedua ini agak mudah. Saya tidak pernah pun beli susu formula. Hanya susu kambing segar itu pun ketika umur anak sulong mencecah 2 tahun.
Walaubagaimanapun tanpa kekuatan & pengorbanan ibu dan bantuan dari suaminya proses menjayakan penyusuan 2 tahun menjadi sedikit sukar.
Para Suami Kena Baca! 'Memang Susah Suami Nak Support Isteri Yang Breastfeed'

Para Suami Kena Baca! ‘Memang Susah Suami Nak Support Isteri Yang Breastfeed

Beberapa perkara yang sama saya lakukan untuk membantu isteri kemudiannya menjadi rutin harian. Bermula dari tidak tahu apa-apa sedikit demi sedikit saya dapat belajar ilmu penyusuan yang bukan khas untuk ibu sahaja malah si bapa sekali.
Ni beberapa pesanan/tips kepada bapa2 sekalian untuk sama2 menjayakan penyusuan 2 tahun.
Antara rutin harian setiap malam bekerja adalah cuci botol dan pam susu. Mula2 dulu pakai yang manual je. Alasannya nak jimat. Tapi kesian betul kat isteri. Sape yg pernah guna manual pumping pasti merasainya. Lalu tukar kepada elektrik brand medela. Alhamdulillah tahan sampai sekarang beberapa tahun.
Tugas saya biasanya bermula selepas siap urus borang2 klien yang nak gandakan duit di Public Mutual. Kalau ada jumpa klien malam tu maka lewat sedikit saya cuci. Anak sulong dulu memang banyak botol kena cuci sebab stok ebm simpan dlm botol. Anak kedua guna plastic bag dan simpan dalam deep freezer. Tinggal botol2 yg bawa ke rumah pengasuh je lah.
Mencuci botol dan pam ni mudah je. Isteri pun boleh buat sendiri. Tapi sebagai suami maka tunjukkan kesungguhan untuk membantu isteri. Masa ni isteri boleh berehat sebab tengah malam nak bangun lagi. Saya pula bila dah tidur nyenyak sampai ke pagi. Keesokan paginya disiapkan pula beg pam utk dibawa ke tempat kerja.
Lagi satu kena ingat isteri menyusu badan akan sentiasa lapar. Maksudnya lapar lepas menyusu bukannya 24 jam lapar. Walaupun kita dah kenyang kena cari atau masak makanan bagi isteri kenyang juga. Kalau suami tak pandai masak beli je dan cari yg berkhasiat. Macam saya sudah sedia siap2 samada balik kerja atau waktu malam.
Seterusnya, saya memandaikan diri untuk menguruskan stok susu samada yang fresh atau ebm. Jika isteri keluar ada hal kena tinggal si kecil maka mudahlah untuk bagi susu ibu guna botol dan berapa suhu kena panaskan. Yang ni sangat penting untuk jaga nutrien dalam susu ibu.
Dan paling penting sekali adalah emosi ibu sewaktu menyusu direct atau semasa pumping. Sebagaimana semua orang tahu, hormon penenang sangat membantu dalam proses ini. Kadang2 saya hantar gambar anak tengah sengih2 kerana ia boleh menenangkan ibu terutama ketika waktu kerja.
Yalah kadang2 suami pun ada emosi juga terutama ketika penat tapi pandai2 lah cover dan ikut kesesuaian family itu sendiri.
Sekarang ni sudah ramai yg ada kesedaran untuk menyusu badan dan ia sudah tidak asing lagi termasuk di pasaraya juga sudah ada bilik menyusu. Pakaian sudah dijahit mesra breastfeed termasuk baju kurung.
Apapun semuanya bermula dari ilmu pengetahuan. Dari ilmu ini muncullah kesedaran dan tindakan akan datang kemudian. Tindakan2 ini pun berdasarkan ilmu. Rajinkan diri kita sebagai bapa dan suami untuk tambah ilmu penyusuan.
Kepada bapak2 dan suami2 marilah sama2 untuk membantu isteri di samping kedua-dua suami isteri mempunyai fikiran yang positif untuk menyusukan anak sehingga dua tahun. Suami bantu isteri pun senang hatilah dan bertambah-tambah sayang. Tidak rugi suami bersusah payah untuk bagi yang terbaik kepada anak2. 2 tahun sekejap je.
Tinggal setahun lagi ‘Abdur Rahman breastfeed. Doakan semoga isteri saya dan semua orang mampu dan dipermudahkan penyusuan dua tahun ini. – WAN HAZIM
Sumber : THM
Loading...

Leave a Reply