Susah Nak Tidur? Guna Teknik 4-7-8 Untuk Dorong Anda Tidur Dalam 60 Saat

SUSAH NAK TIDUR? GUNA TEKNIK 4-7-8 UNTUK DORONG ANDA TIDUR DALAM 60 SAAT

 

Bila tiba masa tidur, pelbagai aktiviti yang akan diusahakan oleh kita bagi mempercepatkan proses tidur berlaku. Ada yang termenung memikirkan masa depan atau silam, ada yang menggunakan teknik bercakap dengan pasangan, malah ada yang menemani dirinya dengan telefon sehinggakan tidak sedar masa sudah pun 1~2 jam berlalu.

Professor dari Universiti of Arizona, Dr Andrew Weil, menyarankan teknik 4-7-8 yang diadaptasi dari yoga bagi mereka yang mengambil masa untuk tidur.

Teknik 4-7-8 adalah teknik pernafasan yang akan menyebabkan badan anda dipenuhi oleh oksigen sekaligus menjadikan minda & otot anda tenang (namun ada yang mendakwa teknik ini membuatkan mereka paranoid).

“Teknik ini datang dari yoga dan di dalam pernafasan yoga kamu perlu letakkan hujung lidah di belakang gigi hadapan”, kata Weil.

“Kamu tarik nafas melalui hidung dengan senyap kemudian hembus melalui mulut dengan menggunakan bunyi ‘whoosh’. Teknik ini mengambil masa selama 30 saat jadi tak ada alasan untuk mengelak”, kata Weil sambil menambah teknik ini mungkin tidak akan menjadi bagi mereka yang mencuba buat pertama kali jadi teknik ini memerlukan latihan.

Teknik 4-7-8
Untuk mempraktikkan teknik ini, anda cuma perlu baring diatas katil kemudian :

1 – Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 4
2 – Tahan nafas dalam kiraan 7.
3 – Kemudian hembus melalui mulut dengan bunyi ‘whoosh’ dalam kiraan 8.
4 – Ulang sehingga tertidur

Paranoid
Teknik mendapat respon positif dan juga respon negatif dari pengamal.

Respon positif mengatakan teknik ini sememangnya berjaya memudahkan mereka tidur & membantu diri supaya tenang manakala respon negatif pula berkata teknik ini membuatkan mereka menjadi paranoid apabila mereka mula rasa seolah-olah hilang kawalan terhadap diri (anggota badan seolah-olah menjadi longgar & bermacam-macam imaginasi timbul).

Susah Nak Tidur? Guna Teknik 4-7-8 Untuk Dorong Anda Tidur Dalam 60 Saat

Susah Nak Tidur? Guna Teknik 4-7-8 Untuk Dorong Anda Tidur Dalam 60 Saat

Percubaan penulis
Penulis cuba mempraktikkan teknik ini dan hasilnya sememangnya ia mendatangkan perasaan paranoid. Namun penulis berjaya mengatasi paranoid itu dan berjaya tidur dalam masa kurang dari 10 kali kitaran teknik 4-7-8.

**Kebiasaannya sebelum tidur, penulis perlu dahulu menghabiskan masa lebih kurang 30 ~60 minit bersama telefon sebelum berjaya terlelap.

Selamat mencuba.

Lagi hasil percubaan dari orang ramai : www.apartmenttherapy.com

 

 

Sumber : SK

Loading...

Leave a Reply