Janet Jackson Peluk Islam, Ikut Jejak Langkah Abang

JANET JACKSON PELUK ISLAM, IKUT JEJAK LANGKAH ABANG

PENYANYI Janet Jackson dikhabarkan sudah memeluk agama Islam, mengikut jejak langkah abangnya, Jermaine Jackson.

Janet, 49, berkahwin dengan seorang bilionaire Qatar beragama Islam, Wissam Al-Mana, 40, tiga tahun lalu dikatakan mula mengambil secara serius mengenai agama anutan terbarunya itu selain cuba mengurangkan imej seksi dan tarian yang keterlaluan selepas ini sesuai dengan penghijrahannya.

Janet Jackson Peluk Islam, Ikut Jejak Langkah Abang

Janet Jackson Peluk Islam, Ikut Jejak Langkah Abang

Memetik sumber The Sun, Janet sudah memaklumkan mengenai penghijrahannya itu kepada ahli keluarga dan mereka semua menghormati keputusannya itu.

“Selepas ini Janet tidak akan menyanyikan lagu berbaur sensual dan melakukan gerak tari yang mengghairahkan,” kata satu sumber terdekatnya.

Seorang lagi abang Janet Jackson, Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson sebelum ini dikatakan turut memeluk Islam namun sehingga ke hari ini tiada sebarang kesahihan mengenai perkara itu.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Leave a Reply