‘Nak Kahwin, Kahwinlah. Tak Payah Nak Menunjuk’

‘NAK KAHWIN, KAHWINLAH. TAK PAYAH NAK MENUNJUK’

 

Seorang rakan bertanyakan soal cium dahi isteri selepas akad nikah di masjid atau di khalayak ramai. Macam satu dari agenda akad nikah. Boleh atau tidak?
Pertama sekali kita rujuk ialah sunnah nabi. Nabi tidak pernah berbuat begini. Nabi pernah cium pipi isteri ketika dalam rumah dan terlihat oleh sahabat. Itu cerita dalam rumah. 
Cerita bercium selepas akad ini ada pengaruh Kristian. Pengaruh ini banyak ditiru oleh artis. Maka mereka yang bersunnahkan artis terus menirunya dan pelbagai hal yang lain lagi seperti bersanding, tunjuk anak dalam perut, tunjuk perut boroi mengandung dan banyak lagi.
'Nak Kahwin, Kahwinlah. Tak Payah Nak Menunjuk'

‘Nak Kahwin, Kahwinlah. Tak Payah Nak Menunjuk’

Jika sekadar bersalam, tunduk mencium tangan itu adalah biasa. Jika akad dalam masjid, lagilah kena jaga adab dalam masjid. Tentulah bercium itu tidak sesuai walaupun halal kerana di khalayak dan dir rumah Allah. Jangan kerana ianya halal, suatu hari nanti orang buat lebih banyak perkara halal suami isteri di rumah Allah. Boleh ke? 
Dalam hubungan suami isteri, ada perkara yang harus disembunyikan dari khalayak. Setakat berpegang tangan, bersalaman itu cukuplah. Yang lain tak payah nak tunjuk pada orang.
Ada juga yang kata Tok Imam tak melarang pun. Ada imam yang berfikir tak mahu merosakkan majlis orang, tak mahu menjatuhkan maruah orang nak tegur di khalayak ramai. Tetapi dia membenci di dalam hatinya. 
Nak kahwin, kahwinlah. Tak payah nak menunjuk, nak berlebih dari apa yang nabi buat kerana berbuat dosa semasa akad, bimbang keberkatan perkahwinan pun hilang. Seronok tak menentu sehingga kerobek dalam perut isteri tunjuk pada seluruh dunia. Kerja Allah yang sedang membentuk anaknya dalam perut adalah ibarat mendedahkan rahsia Allah yang disembunyikan dalam perut dan belum dilahirkan. 
Apa kata kalau Allah tidak sempurnakan anak itu kerana ibu bapanya keterlaluan seronok, kerana Allah Maha Kuasa menentukan apa saja. Biarlah Allah melaksanakan anugerahnya tanpa dijaja. Sepatutnya gambaran dalam perut hanya untuk alasan perubatan.
Seperkara lagi, jika akad di masjid, pengantin mesti berpakaian sesuai dengan masjid. Bukannya pakaian pengantin yang seperti ikan duyung. Selepas itu, bersolat berimam pula dengan pakaian itu sehingga menampakan susuk tubuh itu juga aurat walaupun tertutup. Sebab itu orang guna telekung untuk menghilangkan susuk tubuh di masjid. Bahkan sepatutnya di luar masjid pun sedemikian rupa.
Selepas akad nikah, bawalah jurufoto pergi ambil gambar di dalam hutan, dalam bendang, dalam kebun dan pamer pada seluruh dunia, peluk sana sini berbagai gaya. Buat muka manja, untuk apa? Nak tunjuk pada dunia, pada kawan, fikirlah banyak kali. Adakah isteri boleh ditunjuk sedemikian rupa? Ini bukan budaya Islam, ini budaya orang lain yang bercanggahan dengan Islam.
Perkara pergaulan suami isteri di luar rumah dan khalayak patut dibataskan dengan rasa malu. Jangan seronok tak menentu nak taang isteri putih gebu. Naik motosikal berpeluk itu okay kerana takut jatuh tetapi ambil gambar peluk sana sini dan tunjuk pada seluruh dunia itu buat dosa saja. 
Lebih teruk gambar isteri yang kelabu hitam, orang kampung saya kata sam-sam diedit bagi putih pang, putih seputihnya itu sudah tertakluk kepada riak dan menunjuk. Isteri dan apa yang ada padanya adalah rahsia untuk suami. Suami yang mengizin ditayang beroleh dosa dan bersifat dayus. Menayang kecantikan rupa tubuh badan tidak termasuk dalam amalan iman. 
Ingatlah bahawa perkahwinan adalah gerbang hidup. Jika ia dicemarkan dengan dosa, seluruh hidup terheret sama. Kahwin memang seronok tetapi jagalah batas agama. – ABD GHANI HARON
Ditulis semula untuk siaran.
Loading...

Leave a Reply