Najib menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim

Najib menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim

Najib menghadap Sultan Johor

Najib menghadap Sultan Johor

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.

Turut hadir, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Najib memuat naik gambar pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam itu melalui laman Facebooknya.

“Ia diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” kata beliau.

Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Perdana Menteri berada di Johor sempena acara perasmian bangunan UMNO Bahagian Muar pada petang Ahad.

 

Sumber: Astro Awani

Loading...

Leave a Reply