Habiskan empat senaman, dapat diskaun nilai tambang LRT, Monorel, bas Rapid

HABISKAN EMPAT SENAMAN, DAPAT DISKAUN NILAI TAMBANG LRT, MONOREL, BAS RAPID

 

Kementerian Belia dan Sukan dan syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bekerjasama dalam program MyRapid Challenge yang mengajak orang ramai menyertai rutin kecergasan ringkas, sempena mempromosi gaya hidup sihat dan juga Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti.

Habiskan empat senaman, dapat diskaun nilai tambang LRT, Monorel, bas Rapid

Habiskan empat senaman, dapat diskaun nilai tambang LRT, Monorel, bas Rapid

Dalam program yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Selasa, beliau mengajak rakyat Malaysia mengikuti gaya hidup sihat dengan mencuba menghabiskan cabaran rutin lompat bintang, tekan tubi, lompat tali dan gelung hula-hoop.

“Sesiapa yang berjaya untuk menamatkan cabaran empat senaman itu di stesen-stesen yang tertentu pada waktu-waktu yang tertentu yang ditetapkan oleh Prasarana akan mendapat nilai bagi pembelian tiket Prasarana,” ujar beliau merujuk kepada perkhidmatan bas, lrt atau monorel.

Menurut Khairy, rakyat negara ini perlu memilih gaya hidup yang lebih sihat bukan sahaja untuk membina kecergasan malah dalam jangka masa panjang dapat membentuk potensi individu untuk diketengahkan sebagai jaguh sukan negara.

Beliau berkata, motivasi untuk bersukan perlu dilakukan segera memandangkan lebih 4 juta penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan, sekali gus mencatat statistik tertinggi di Asia Tenggara.

Menyentuh soal jerebu yang kini melanda negara, Ahli Parlimen Rembau itu berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan kualiti udara dan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

“Sekiranya jerebu semakin teruk sudah pasti kita tidak akan berkompromi aspek kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia kerana itu lebih penting.
“Tapi saya berharap dalam masa tiga minggu ini jerebu akan bertambah baik. Kepada atlet dan sesiapa saja yang menganjurkan program dan aktiviti sukan, jika IPU menghampiri atau lebih daripada 200, kita sarankan mereka batal atau tangguhkan program itu,” kata beliau.

Dalam majlis itu, turut diperkenalkan iklan Hari Sukan Negara di sebuah bas dua tingkat dan juga bakal dipaparkan pada 20 buah bas RapidKL lain.

Sumber : Awani

Loading...

Leave a Reply