Tersentuh Hati Melihat Keikhlasan Seorang Ayah Yang Melindungi Anaknya Dari Hujan

TERSENTUH HATI MELIHAT KEIKHLASAN SEORANG AYAH YANG MELINDUNGI ANAKNYA DARI HUJAN

 

Sejauh mana cinta dan kasih sayang kita terhadap insan yang bergelar ayah? Pastinya insan ini tidak layak digantikan oleh sesiapapun. Beliaulah yang akan selalu menjadi orang paling penting dalam kehidupan kita dan seharusnya kita perlu kenang kembali betapa besar dan tulusnya pengorbanan mereka dalam memberikan keselesaan yang secukupnya kepada kita dan kasih sayang yang tidak terhingga.

Tersentuh Hati Melihat Keikhlasan Seorang Ayah Yang Melindungi Anaknya Dari Hujan

Tersentuh Hati Melihat Keikhlasan Seorang Ayah Yang Melindungi Anaknya Dari Hujan

Sekeping gambar yang memaparkan seorang ayah yang memayungi anak lelakinya daripada terkena air hujan mendapat perhatian pengguna dunia maya. Gambar yang diambil oleh Eumine Choi ini sudah dilihat lebih dari 3.9 juta pengguna dunia maya. Gambar tersebut diambil Eumine ketika dia baru pulang dari kerja. Ketika hujan turun dengan lebat, Eumine membuka payungnya dan tiba-tiba matanya tertumpu ke arah seorang lelaki yang kelihatan basah kuyup sementara tangan kanannya memegang payung untuk melindungi puteranya dari dibasahi air hujan.

Gambar yang dimuatnaik Eumine ke Reddit itu disertakan sekali dengan kapsyen, “Semoga anak kecil itu sedar betapa untungnya dia mendapat perlindungan dan kasih-sayang seorang insan bernama ayah apabila sudah dewasa nanti dan jangan lupa balas budi”.

Tujuan Eumine memuatnaik gambar itu hanya ingin menunjukkan apa yang baru dilihat kepada kawan-kawannya. Eumine sangat tersentuh apabila melihat lelaki itu sanggup dibasahi hujan semata-mata ingin memberikan perlindungan kepada anaknya.

Kelihatan si ayah membawa bag dan makanan di tangan kirinya. Sementara tangan kanannya pula memegang payung untuk anak lelakinya yang berjalan di sisinya. Dia membiarkan sahaja air hujan membasahi dirinya dirinya dan payung yang digenggamnya digunakan hanya untuk melindungi anak kecilnya itu.

Eumine sendiri tidak menyangka sekeping gambar yang dimuatnaiknya itu menarik perhatian jutaan netizen.

Seorang insan yang bergelar ayah pasti akan memberikan yang terbaik untuk buah hatinya. Dia akan selalu memastikan buah hatinya berada dalam keadaan yang sempurna dan terjaga.

Sumber dari viral4 real. Gambar dari Eumine.

Via : Saja Kongsi

Loading...

Leave a Reply