Guru Yang Liat Bayar Hutang PTPTN Akan Dipotong Gaji Atau Kemungkinan Dibuang Kerja

GURU YANG LIAT BAYAR HUTANG PTPTN AKAN DIPOTONG GAJI ATAU KEMUNGKINAN DIBUANG KERJA

 

Kementerian Pendidikan hari ini mendedahkan kira-kira seramai 51,884 orang pegawai dan kakitangannya di mana kebanyakkannya adalah guru sekolah merupakan mereka yang liat melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Oleh itu kementerian dikatakan akan membuat potongan gaji bulanan untuk membayar hutang pendidikan itu bagi mengelakkan kakitangannya dikenakan tindakan tegas.

Guru Yang Liat Bayar Hutang PTPTN Akan Dipotong Gaji Atau Kemungkinan Dibuang Kerja

Guru Yang Liat Bayar Hutang PTPTN Akan Dipotong Gaji Atau Kemungkinan Dibuang Kerja

gambar hiasan

Jika inisiatif potongan gaji tidak dilakukan, mereka kemungkinan dikenakan tindakan tatatertib termasuk kemungkinan dibuang kerja.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kementerian itu melalui satu notis pemberitahuan semalam memaklumkan, kedegilan guru-guru membayar pinjaman PTPTN boleh menyebabkan mereka dibuang kerja di bawah Peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Selain itu, Kementerian Pendidikan turut mengeluarkan arahan tegas kepada 51,884 orang kakitangan tersebut, jika tidak mahu membayar hutang PTPTN melalui pemotongan gaji bulanan, peluang pemangkuan tugas atau kenaikan pangkat dan Hadiah Latihan Persekutuan tidak akan ditawarkan kepada mereka.

Sumber : SK

Loading...

Leave a Reply