Sempena Ulang Tahun ke 42 Paul Walker, Anaknya Lakukan Tribute Untuk Ayahnya

SEMPENA ULANG TAHUN KE 42 PAUL WALKER, ANAKNYA LAKUKAN TRIBUTE UNTUK AYAHNYA

 

Kehilangan seorang ayah pada usia anak masih muda adalah sesuatu yang sangat sukar untuk diterima. Begitu juga dengan anak pelakon filem Fast & Furious yang maut dalam kemalangan kereta.

Sempena ulang tahun kelahiran ayahnya yang ke 42 tahun, Meadow Walker melakukan satu yang sangat bermakna. Dia memuat naik sekeping gambar bersama ayahnya ketika dia masih kecil. Dalam kapsyen gambar di Facebook itu dia menceritakan minat ayahnya dengan lautan, menyelamatkan haiwan, menolong orang ramai dan banyak lagi.

Sempena Ulang Tahun ke 42 Paul Walker, Anaknya Lakukan Tribute Untuk Ayahnya

Sempena Ulang Tahun ke 42 Paul Walker, Anaknya Lakukan Tribute Untuk Ayahnya

Jadi, kerana terinspirasi dengan kebaikan yang ayahnya selalu lakukan dia mengambil keputusan untuk menwujudkan satu yayasan iaitu Yayasan Paul Walker. Yayasan itu akan membiayai geran dan biasiswa kepada penyelidik dan pelajar sains marin.

Menurut laman web rasmi, yayasan itu juga telah bekerjasama dengan Akuarium Teluk Monterey, Ocean Futures Society Jean-Michel Cousteau dan ahli biologi marin Michael Domeier. Tujuan utama adalah untuk berjuang melindungi lautan dan hidupan liar. Tiada apa yang lebih bermakna daripada melakukan perkara ini untuk ayahnya.

Sumber : era fm

Loading...

Leave a Reply