Sedang Mengandung 3 Bulan, Linda Rafar Dakwa Suami Sudah Lafaz Cerai

SEDANG MENGANDUNG 3 BULAN, LINDA RAFAR DAKWA SUAMI SUDAH LAFAZ CERAI

 

Penyanyi dan juga pelakon Linda Rafar, mendakwa suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai terhadapnya pagi tadi dan tambah Linda, Syed melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya.

“Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya. Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma,” jelasnya yang kini hamil tiga bulan kepada Harian Metro hari ini.

Sedang Mengandung 3 Bulan, Linda Rafar Dakwa Suami Sudah Lafaz Cerai

Sedang Mengandung 3 Bulan, Linda Rafar Dakwa Suami Sudah Lafaz Cerai

Sementara itu, Syed ketika dihubungi menafikan rumah tangganya bermasalah dan dia tidak tahu apa yang dimuatnaik Linda Rafar di Instagram. Linda akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu.

“Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Loading...

Leave a Reply