Dipecat dari Umno?… Ini jawapan Mukhriz Mahathir

DIPECAT DARI UMNO?… INI JAWAPAN MUKHRIZ MAHATHIR

 

 

Ini apa yang tersebar melalui WhatsApp hari ini, kononnya tujuh orang Pemimpin UMNO akan dipecat dalam Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini.. antaranya ialah MB Kedah, Mukhriz Mahathir..

Dipecat dari Umno?... Ini jawapan Mukhriz Mahathir

Dipecat dari Umno?… Ini jawapan Mukhriz Mahathir

Mesy MT 9/9 ni 7 pemimpin Umno akan dipecat..

Khabarnya besuk akan pecat Mukriz sebagai MB.. 5hb umum MB baru dan 9/9 pecat keahlian…

Dato aziz sheikh fadzir d laporkan akan dipecat kerana didapati membocorkan maklumat 1mdb dan didapati menaja beberapa org untuk menghentam najib,

1. TS Muhyiddin
2. DS Shafiee Afdal
3. DS Mukhriz Mahathir
4. DS Aziz Sheikh Fadzir – MP & KB Umno Kulim/Bandar Baru
5. DS Ahmad Said – ex MB Tganu
6. Dato Hamidah Osman
7. Datuk Jumat Idris, MP & KB Umno Sepanggar,Sabah

Berikut adalah jawapan dari Mukhriz dilaporkan oleh Malaysiakini

Mengulas perkara itu, Mukhriz Mahathir ketika ditemui pemberita hari ini berkata beliau tidak menerima apa-apa notis berhubung perkara itu.

Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak menganggapnya sebagai maklumat yang sah melainkan jika ia diterima dari Umno pusat.

“Senarai ini macam-macam… tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tidak boleh bagi respon.

“Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan Umno pusat.

“Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan,” katanya kepada pemberita di Kedah.

Khabar angin… apapun kita tunggu sajalah..

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber : Harakahdaily

Loading...

Leave a Reply