Adakah “Pink” Merupakan Warna Terbaru Untuk iPhone 6s?

ADAKAH “PINK” MERUPAKAN WARNA TERBARU UNTUK IPHONE 6S?

 

Desas-desus mengenai warna terbaru untuk iPhone 6s terus menjadi tanda tanya. Sebelum ini, iPhone 6 hadir dengan  warna emas. Kini banyak yang menjangkakan warna iPhone 6s yang baru adalah pink.

Berita ini bermula dari sebuah laman web China, Daliulian.net yang memuatnaik gambar iPhone 6s berwarna pink dalam jumlah yang cukup banyak. Mereka mendakwa imej tersebut merupakan bukti yang warna pink akan menjadi warna edisi iPhone 6s terbaru.

Adakah “Pink” Merupakan Warna Terbaru Untuk iPhone 6s?

Adakah “Pink” Merupakan Warna Terbaru Untuk iPhone 6s?

Banyak yang mengatakan gambar tersebuat adalah hasil dari photoshop, tetapi ada juga yang menganggap juga gambar tersebut bukan palsu kerana Apple  mementingkan “stylish” dalam produk mereka.  Warna pink juga dikatakan mempunyai permintaan dan bersesuaian dengan selera konsumer di China kerana mereka gemarkan smartphone yang berwarna cerah.

Wilayah China sendiri secara keseluruhan, termasuk Taiwan dan Hong Kong, merupakan pasaran besar bagi Apple. Tim Cook, CEO Apple,  juga mengatakan  pemilihan warna emas sebelum ini juga merupakan hasil pertimbangan setelah melihat karakteristik pembeli produk mereka di China.

Sumber dari technobuffalo.com

Via : Saja Kongsi

Loading...

Leave a Reply