Pekerja Walmart Ini Sumbang Seluruh Gajinya Untuk Membantu Pelajar Sekolah Yang Miskin

PEKERJA WALMART INI SUMBANG SELURUH GAJINYA UNTUK MEMBANTU PELAJAR SEKOLAH YANG MISKIN

 

Bersedekah atau menghulurkan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan boleh dilakukan oleh siapa sahaja tanpa harus menunggu untuk menjadi kaya. Asalkan ada kemahuan, pastinya perbuatan yang murni dan mulia ini boleh direalisasikan seperti yang dilakukan oleh seorang pekerja Walmart ini yang  bernama Kristopher Hudson.

Usianya masih muda lagi iaitu 18 tahun. Dia tidak seperti anak-anak muda lain yang menghabiskan masa mereka dengan berfoya-foya dan juga terlibat gejala negatif. Kris bekerja sebagai seorang pembantu kedai Walmart. Pekerjaannya setiap hari adalah menyediakan barang dan melayani pembeli. Dia memperolehi gaji sebanyak $USD66 setiap minggu.

Pekerja Walmart Ini Sumbang Seluruh Gajinya Untuk Membantu Pelajar Sekolah Yang Miskin

Pekerja Walmart Ini Sumbang Seluruh Gajinya Untuk Membantu Pelajar Sekolah Yang Miskin

Perkara yang menakjubkan tentang dirinya ialah dia menggunakan gajinya itu untuk membelikan alat tulis untuk pelajar yang tidak berkemampuan dan membiayai yuran sekolah bagi pelajar miskin. Dengan gaji sebanyak itu, dia dapat membeli sebanyak 300 alat tulis untuk keperluan persekolahan untuk diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

“Saya percaya dengan membantu orang lain walaupun bantuan saya ini tidak seberapa, pastinya saya akan mendapat ganjaran yang setimpal nanti” ujar Kris. “Saya hanya ingin membuat mereka bangga dan tersenyum.” itulah jawapan Kris apabila ditanya tujuan beliau untuk berbuat demikian.

Sumber : Saja Kongsi

Loading...

Leave a Reply