Berhenti Minum Coke, Wanita Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 51 Kg

BERHENTI MINUM COKE, WANITA INI BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN SEBANYAK 51 KG

 

Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk turunkan berat badan. Paling penting ialah menghadkan pengambilan makanan atau minuman bergula kerana gula merupakan musuh utama jika anda nak kurus.

Dipetik daripada The Mirror, apa yang dialami oleh Sarah Turner amat mengejutkan. Dalam sehari dia akan minum air coke sebanyak 4 liter. Gila betul 4 liter!

Berhenti Minum Coke, Wanita Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 51 Kg

Berhenti Minum Coke, Wanita Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 51 Kg

“Saya sangat ketagih minum coke tanpa pernah memikirkan kesan negatifnya bagi tubuh saya “, kata Sarah.

Mengetahui perubahan besar pada tubuh badannya sejak dia tidak berhenti minum air coke, Sarah memutuskan untuk berhenti dari mengambil minuman tersebut.

Memang mengejutkan! Berat badan Sarah turun dengan mendadak. Sebelum berhenti minum coke, berat badannya adalah 111 kg. Setelah berhenti, Sarah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 51 kg.

Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, sewaktu badannya gemuk, agak sukar untuknya mencari pakaian. Namun, kini berat badannya adalah 60 kg dan mudah untuk mencari pakaian.

“Sebelum ini saya cepat rasa letih. Namun kini saya sudah boleh mengajak anak-anak berlari dan bermain di taman. Saya rasa lebih bertenaga dan saya suka berjalan jauh,” katanya.

Sumber : Hanasuva

Loading...

Leave a Reply