Gambar Amoi bergambar rapat ke bahu Mat Sabu dikecam: Mat Sabu enggan ulas

Gambar Amoi bergambar rapat ke bahu Mat Sabu dikecam: Mat Sabu enggan ulas

Mat Sabu enggan ulas isu gambar 'mesra' BERSIH 4

Mat Sabu enggan ulas isu gambar ‘mesra’ BERSIH 4

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu setakat ini enggan mengulas kontroversi aksi ‘mesranya’ dengan wanita-wanita dalam BERSIH 4 yang tersebar meluas di Internet.

“Buat masa ini saya tidak ingin ulas insiden bersentuhan wanita dalam BERSIH 4,” katanya.

Mohamad berkata beliau ketika ini berada di Kelantan dan mahu menumpukan kepada kempen mempromosi penubuhan Islam baru yang diumumkan pada Isnin.

Beliau dan 21 orang lagi pada Hari Merdeka mengumumkan mengambil alih sebuah parti tidak aktif Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM), yang akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Sekarang saya ada di Kelantan, kempen AMANAH,” katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam ketua pengiringnya Aris Awang memohon maaf ekoran kejadian itu dan menjelaskan ia berlaku di luar kawalan.

Gambar yang tersebar memaparkan seorang wanita memegang memimpin tangan Mohamad serta seorang gadis remaja yang menyandar rapat kepalanya ke bahunya ketika bergambar.

Amalan itu bukan kebiasaan bagi seorang pemimpin PAS, sebuah parti Islam.

Susulan kejadian itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dikritik hebat musuh politiknya.

 

Sumber: Malaysiakini

Loading...

Latest Comments

Leave a Reply