Hukum Lelaki Memakai Gelang Tangan Dan Jenis-Jenis Gelang Yang Diharuskan

HUKUM LELAKI MEMAKAI GELANG TANGAN DAN JENIS-JENIS GELANG YANG DIHARUSKAN

 

Semakin maju dunia sekrang semakain banyak rekaan yang baru dihasilkan dalam pelbagai bidang dan ada orang yang jahil agama pasti tidak tahu membezakan yang mana boleh digunakan dan tidak boleh digunakan kerana ada diantara mereka terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

PElbagai teknologi kita lihat kini banyak dihasilkan oleh barat atau orang bukan Islam dan ada juga teknologi dihasilkan oleh Orang Islam tetapi tidak sebanyak mereka.

Antara dalam segi segi perubatan pelbagai cara digunakan mereka untuk menyesatkan orang Islam dan perkara ini diulas oleh Ustaz Zainuddin Hashim dalam tulisannya sebelum-sebelum ini.

Hukum Lelaki Memakai Gelang Tangan Dan Jenis-Jenis Gelang Yang Diharuskan

Hukum Lelaki Memakai Gelang Tangan Dan Jenis-Jenis Gelang Yang Diharuskan

Beliau memberikan contoh mereka menciptakan kaedah perubatan moden menurunkan tekanan darah melalui ciptaan berbentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

“Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka,” katanya.

Beliau memberitahu lagi larangan memakai gelang untuk perubatan telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” (Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad)

Menurutnya apa yang pelik gelang ini kini bukan sahaja dipakai oleh golongan remaja atau golongan kurang pemahaman agama di mana ada juga para uztaz-ustaz, pegawai kerajaan., menteri-mentri dan lain-lain turut memakai.

“Maka sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam,” tegasnya.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang tangan yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

Rujukan:myibrah.com
Sumber : SK
Loading...

Latest Comments

Leave a Reply