Polis Tahan Lebih 100 Remaja Hadiri Konsert Gig, Undang Rasa Tidak Puas Hati Karyawan

POLIS TAHAN LEBIH 100 REMAJA HADIRI KONSERT GIG, UNDANG RASA TIDAK PUAS HATI KARYAWAN

 

Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dikatakan telah menahan lebih 100 orang anak muda dalam satu operasi ke atas sebuah konsert gig persembahan muzik independen, Rumah Api, di Pekan Lama Ampang, lewat malam tadi.

Memetik laporan Malaysiakini, pihak polis menyerbu konsert berkenaan ketikan kumpulan punk hardcore Virginia on Duty sedang beraksi pada kira-kira jam 11.30 malam.

Polis Tahan Lebih 100 Remaja Hadiri Konsert Gig, Undang Rasa Tidak Puas Hati Karyawan

Polis Tahan Lebih 100 Remaja Hadiri Konsert Gig, Undang Rasa Tidak Puas Hati Karyawan

Menurut seorang peserta yang sepatutnya membuat persembahan, Joe Kidd memberitahu Malaysiakini dia dan individu lain telah ditahan dan dibawa dengan tiga trak polis ke IPD Ampang kira-kira sejam kemudian.

Beliau yang pernah menerima zamalah Asia Public Intellectual yang juga pemain gitar kumpulan punk Carburetor Dung menolak andaian bahawa serbuan itu ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 4 hari ini.

“Jika begitu (operasi mengenai perhimpunan BERSIH 4), kami tentu sudah ditahan di dalam lokap sekarang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menyelar tindakan polis berkenaan yang dikatakan tidak lebih dari menyusahkan mereka.

“Ini sangat mengarut dan membuang masa. Tindakan mereka juga tidak diselaras dengan baik,” kata bekas wartawan itu lagi.

Jelasnya, mereka terpaksa menunggu sehingga jam tiga pagi sebelum kesemuanya selesai menjalani ujian dadah.

“Ia samalah seperti operasi ke atas kelab fengtau. Mungkin mereka hanya ingin memenuhi kuota tangkapan, jadi tempat paling sesuai adalah tempat seperti Rumah Api,” tambahnya.

Sementara itu, berdasarkan laporan Astro Awani, serbuan yang dilakukan oleh pihak berkenaan terhadap konsert gig berkenaan telah mengundang kemarahan ramai karyawan kerana tindakan berkenaan seolah-olah pihak polis tidak tahu membezakan hiburan dengan politik. –

Sumber : SK

Loading...

Leave a Reply