Video Usain Bolt dirempuh skuter dinaiki jurukamera ketika sedang meraikan kemenangan 200 meter

MASYARAKAT seluruh dunia sudah tentu mengenali Usain Bolt sebagai manusia terpantas di dunia.

Menewaskan Usain Bolt barangkali misi paling sukar untuk mana-mana pelari pecut.

Itu dibuktikan apabila beliau sekali lagi menggondol pingat emas dalam acara 200 meter di Kejohanan Dunia di Beijing pada Khamis.

Namun bukan itu yang menjadi perhatian, sebaliknya klip Bolt dirempuh dari belakang oleh sebuah skuter Segway yang ditunggang oleh seorang jurukamera, menjadi perkongsian hebat di laman sosial.

Kejadian itu berlaku ketika Usain Bolt sedang meraikan kemenangannya.

Seorang jurukamera yang bertugas cuba mendapatkan ‘shot’ terbaik Bolt sambil menunggang skuter.

Namun skuter itu gagal dikawal dengan baik lalu melanggar Bolt dari belakang.

Pelanggaran itu menyebabkan Bolt jatuh terduduk dan seorang petugas kemudiannya membantu Bolt yang sedang dalam kesakitan untuk bangun.

Bolt bagaimanapun tidak cedera, malah sempat bergurau dengan mengatakan pesaingnya, Justin Gatlin, telah membayar jurukamera tersebut untuk mencederakannya.

Sumber: Astro Awani

Loading...

Leave a Reply