Sarawak beri lampu hijau kepada Bersih 4.0

Sarawak beri lampu hijau kepada Bersih 4.0

Bersih 4.0: Sarawak Beri Lampu Hijau

Bersih 4.0: Sarawak Beri Lampu Hijau

Kerajaan negeri Sarawak memberi lampu hijau kepada penganjur Bersih 4.0 untuk mengadakan perhimpunan yang dirancang itu di padang Song Kheng Hai di sini esok.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menasihati peserta perhimpunan agar mengekalkan cara Sarawak melaksanakan segala urusan — dengan lancar dan aman.

Beliau berkata kerajaan negeri menawarkan padang Song Kheng Hai dan Stadium Negeri kepada penganjur Bersih 4.0 untuk mengadakan perhimpunan itu, dan mereka memilih padang Song Kheng Hai.

Katanya kebenaran itu diberi selepas kerajaan negeri berunding dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sebaik menerima permohonan daripada penganjur.

Diminta mengulas kemungkinan penjawat awam menyertai perhimpunan itu, beliau berkata “Saya serahkan kepada individu terbabit. Kalau mereka kena tangkap, saya tak tahu… kami akan menimbangkan (tindakan) kalau itu yang berlaku,” katanya.

Adenan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada pelancaran Bulan Kemerdekaan dan kempen Kibarkan Jalur Gemilang anjuran Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya tentang tarikh pilihan raya negeri akan datang, dalam nada yang ceria, Adenan berkata beliau telahpun menentukan tarikh itu “tetapi saya tidak mahu nyatakan bila.”

Katanya sebahagian besar daripada calon Barisan Nasional bagi pilihan raya negeri itu telahpun dimuktamadkan.

 

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply