Pingat liga super macam medal TABIKA acara lari dalam guni

Pingat liga super macam medal TABIKA acara lari dalam guni

Medal Liga Super/Perdana: 'Macam medal TABIKA acara lari dalam guni'

Medal Liga Super/Perdana: ‘Macam medal TABIKA acara lari dalam guni’

Saingan Liga Super dan Liga Perdana telahpun tamat hujung minggu lepas, dengan Johor Darul Takzim dan Kedah dinobatkan sebagai johan. Namun apa yang masih menjadi perbualan di media sosial adalah medal atau pingat yang dihadiahkan kepada pemenang.

Rata-rata netizen mengkritik medal yang diterima baik JDT mahupun Kedah. Kata mereka, ia langsung tidak menggambarkan prestij yang sepatutnya dibawa oleh medal tersebut.

Menerusi foto-foto yang diambil di media sosial, dapat dilihat perkataan ‘Johan Liga Super‘ dan ‘Johan Liga Perdana‘ hanya ditampal pada medal berkenaan.

Pingat Johan Liga Premier

Pingat Johan Liga Premier 2015

 

Pingat Johan Liga Super 2015

Pingat Johan Liga Super 2015

 

Perbandingan antara pingat johan liga super 2015 dengan pingat liga ipt

Perbandingan antara pingat johan liga super 2015 dengan pingat liga ipt

Ramai yang kesal dengan situasi ini dan berpendapat, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya tidak mengambil mudah perkara ini kerana medal bukan sahaja melambangkan nilai kejuaraan tetapi juga penat lelah pemain bermain di atas padang.

 

Sumber: Astro Awani

Loading...

Leave a Reply